Anak – Pemimpin Masa Hadapan

MAA Takaful Pendidikan

Anak-anak pada hari ini merupakan Pemimpin bagi masa hadapan.

Seorang dewasa lahirnya dari seorang kanak-kanak. Anak-anak diberi perhatian bagi menjamin masa hadapan mereka agar menjadi insan berguna buat diri, keluarga dan masyarakat.

Setiap anak mempunyai kelebihan dan keistimewaan yang tersendiri. Hargailah setiap kurniaan Ilahi dengan menjaga mereka sebagai amanah yang akan menjadi bekalan di akhirat kelak.

Setiap anak layak mendapat perlindungan yang terbaik dari ibu bapa dan keluarga. Kos pengajian yang semakin meningkat setiap tahun, membuatkan ramai ibu bapa sentiasa memikirkan nasib pendidikan anak-anak kelak. Ramai anak-anak muda mendapat kekangan dari menyambung pengajian kerana tidak memiliki sumber kewangan yang mencukupi dari keluarga.

Mempunyai tabung pendidikan bagi setiap anak dapat membantu mereka dalam mengejar cita-cita.

Simpanan serendah RM 1.60 sehari dapat meringankan beban kewangan ibu bapa kelak.

“Sedikit-sedikit lama-lama menjadi bukit”

 

Begitulah pepatah yang sering dilafaz oleh orang-orang dahulu. Sedikit demi sedikit menabung itu, dapat menghasilkan jumlah yang besar jika kita dapat mendidik diri untuk terus menabung. Namun, cukupkah simpanan dalam tabung anak anda?

Tahukah Anda? Dengan simpanan bulanan di MAA Takaful, anak-anak anda layak mendapat pelbagai lagi kelebihan dari simpanan tersebut.

Pepatah arab yang popular sering kita dengar;

“Tuntutlah ilmu dari buaian hingga ke liang lahad”

Sebagai ibu bapa yang sentiasa mendoakan kejayaan anak-anak, rangka simpanan dan perlindungan yang terbaik buat mereka sejak bayi. Ini kerana, ianya dapat membantu mengawal pembelanjaan keluarga apabila anak-anak  menyambung pelajaran kelak dan jika ditimpa musibah.

Sudahkah anda menyediakan Perlindungan Kecemasan terhadap anak-anak anda?

Sudahkah anda menabung bagi Pengajian Tinggi mereka?

Setiap anak mempunyai kelebihan dan kepakaran tersendiri. Mengapa perlu perancangan kewangan bagi pendidikan mereka kelak di samping persediaan bagi setiap musibah agar;

  • Ada waris yang dapat menjaga anak jika ibu bapa / penjaga  meninggal dunia
  • Tabung simpanan bulanan mereka terisi sehingga usia 25 tahun
  • Anak-anak mempunyai wang simpanan untuk pendidikan tinggi mereka kelak
  • Dapat mengelak dari hutang pinjaman pendidikan
  • Mengurangkan bebanan jika ditimpa musibah penyakit dan kematian
  • Mendapat hadiah wang tunai di atas kecemerlangan Peperiksaan UPSR, SPM
  • Layak mendapat upah haji dan khairat kematian bagi anak

—————

Sediakan satu tabung perlindungan buat keluarga tersayang anda hari ini untuk masa hadapan.
Siti Nor Adnien
MAA Consultant
0111.7979.324
“We Do What Is Right”

#BuangWangUntukSenang

Advertisements

Anak ganti ibu bapa?

perlindungan ayah dan ibu

 

 

Setiap anak itu adalah permata buat ibu bapa. Aset bernilai hingga akhirat. Anak-anak yang soleh dan solehah itu akan membantu ibu bapa kelak.

Pernahkah anda terfikir?

 

Jika hari ini anda tidak lagi mampu membelai mereka, tidak mampu menyapa mereka dan terpaksa meninggalkan mereka bersendirian. Siapakah yang akan menjaga mereka? Ke manakah arah tuju mereka? Bagaimanakah masa hadapan mereka?

 Apakah telah anda sediakan satu keperluan yang cukup buat mereka jika anda tiada kelak?

 

Setiap keluarga inginkan kehidupan yang sempurna dan bahagia. Namun malang tiada siapa dapat hidu. Sebagai ibu bapa yang menitik beratkan soal kehidupan keluarga dan anak-anak, pasti akan merangka suatu perancangan hingga berpuluh tahun akan datang dan hingga akhirat, dan berserah segala keputusan terbaik pada Allah Azza Wajalla.

Mahu atau tidak

Setiap yang sihat berkemungkinan merasai sakit.

Setiap yang muda akan menjadi tua.

Setiap yang lapang akan merasai sempit.

Setiap yang bernyawa akan merasai mati.

Kehidupan di dunia hanyalah sementara, namun kehidupan di akhirat itu kekal selamanya. Mahukah anda tinggalkan hutang perumahan, kenderaan, pembelajaran kepada anak dan keluarga? Cukupkah wang simpanan anda untuk menanggung kos upah haji jika belum sempat menjejaki Mekah? Sudahkah anda sediakan bekalan perbelanjaan buat anak-anak sekolah? Apakah isteri atau suami anda bersedia mengganti kepakaran dan tanggungjawab anda jika anda tiada?

Di MAA TAKAFUL..

Anda dapat menyediakan satu tabung pampasan kematian sehingga RM 250,000. Beserta upah haji sebanyak  RM 5,000 dan khairat kematian berjumlah RM 2,000.

Jika anda hilang keupayaan secara penuh dan tidak lagi mampu bekerja, anda layak mendapat peruntukan sehingga RM 250,000 buat bekalan keperluan dan perbelanjaan keluarga.

Sekiranya anda tidak lagi mampu membiayai anak-anak setiap bulan, MAA TAKAFUL akan mengganti segala pembiayaan anda terhadap anak-anak.

Untuk mendapat maklumat lanjut mengenai perkiraan di MAA Takaful, anda amat dialu-alukan untuk menghubungi no di bawah 🙂

—————
Sediakan satu tabung perlindungan buat keluarga tersayang anda hari ini untuk masa hadapan.
Siti Nor Adnien
MAA Consultant
0111.7979.324
“We Do What Is Right”

#BuangWangUntukSenang

Comfort Zone

Income Replacement Income Protection

#TrueStory

Comfort zone. Terlalu selesa dengan keadaan sedia ada boleh membuat kita lupa bagaimana keadaan di masa akan datang. Kerana semalam tidak lagi berulang.

Salah satu pelan B yg pasangan ini boleh sediakan ialah dengan mencarum di #Takaful

Boleh saje saving di mana-mana bank, invest kat unit trust, cwa, asb dll. Tapi untuk sesiapa yang memerlukan ‘Peruntukan Pampasan Tambahan’ bagi kos rawatan, lumpuh, kematian, kemalangan dan wang simpanan. Sangatlah digalakkan mencarum di MAA Takaful. Kerana Takaful adalah perlindungan untuk diri sendiri dan perlu diterima hakikat bahawa mana2 syarikat tidak lagi memerlukan kita bila kita tak dapat berkhidmat buat mereka

Lebih-lebih lagi, jika anda seorang yang sentiasa sibuk dengan kerja, dan tidak sempat untuk memantau perniagaan atau pelaburan hartanah (contohnya) yang memerlukan modal besar dengan perlu membuat loan dengan bank, dan perlu ada ilmu berkaitan properties sikit agar tak ditipu dll.

Kenapa cukup hanya dengan mempunyai perlindungan MAA Takaful?

Keluarkan sedikit wang selepas keperluan wajib (makan, minum, rumah, anak2 dll) dan sediakan satu jumlah wang untuk kegunaan akan datang.

Bayangkan dengan satu jumlah yang telah anda sediakan sebanyak RM 200 sebulan (contohnya), anda telah mendapat perlindungan manfaat kematian sebanyak RM 150k, kemalangan RM 30k, penyakit kritikal RM 30k, lumpuh kekal RM 150k, elaun wad RM 150/hari, RM 300 MC/seminggu. (Tertakluk kepada terma & syarat)

Dan yang paling penting, anda mendapat perlindungan dari syarikat yang mematuhi syariah.

**Dan marilah sama-sama kita mendoakan agar dipermudah urusan saudara kita. InshaAllah, bantuan Allah itu melalui pelbagai bentuk.

#SayaSudahMerasa
#IniSemuaDunia
#RancangSebaiknya
#SatuNyawaHidupHanyaSekali
#IncomeProtection
#MAAtakaful

 

—————
Sediakan satu tabung perlindungan buat keluarga tersayang anda hari ini untuk masa hadapan.
Siti Nor Adnien
MAA Consultant
0111.7979.324
“We Do What Is Right”

#BuangWangUntukSenang

Pelan Pasangan Muda

young couple

بسم الله الرّحمَنِ الرَّحِيم

 

Kisah gambar di atas mengenai sepasang suami isteri muda juga pasangan baru yang telah mengambil #savingandprotection dari #MAAtakaful sebagai perancangan jangka panjang mereka berdua.

Bijak kan dorang dah plan sampai 30 tahun akan datang. Aku pun teringin plan berdua gini. Tapi TERPAKSA plan solo lagi hihihi Rezeki Allah kat mana-mana. Asal kita terus berusaha untuk jadi yang terbaik dan bagi yang terbaik buat diri dan keluarga. InshaAllah akan dimudah semua urusan bila tiba masanya. 😉

As a muslim, kehidupan kita bukan hanya di dunia. Tapi sampai akhirat. Begitu juga pasangan yang hangat bercinta, bukan hanya mahu memilikinya di dunia tapi juga di akhirat nanti mahu bersama. Bak kata pepatah hot dulu2. Lautan api sanggup ku redah. Tapi nauzubillah, minta dijauhkan dari menjadi pasangan yang kena redah api  :-p. Hehe..

Ada 1 hadis yang sohor sering kita dengar,

dari Abu Hurairah R.A, dari Nabi Sallallahu hu alaihi wasallam bersabda:

“..Ruh seorang mukmin itu tergantung-gantung sehingga dilunas segala hutangnya..”

Hadis Riwayat Ahmad dan Tirmizi.

Sebagai perancangan bekalan dunia & akhirat, pasangan yang baru memiliki rumah kediaman sendiri ini telah memilih#MAA TAKAFUL yang merupakan produk takaful no.1 di Malaysia sebagai pilihan simpanan dan perlindungan.☺ 🙂 alhamdulillah mereka juga menitik beratkan soal pengurusan selepas kematian.

Kenapa mereka memilih MAA Takaful ?

  1. Dengan caruman RM 200/bulan. Mereka mendapat perlindungan seperti kematian, kemalangan, upah haji, khairat kematian, penyakit kritikal, elaun wad, pampasan lumpuh kekal dan Auto-saving bilamana mereka tidak mampu lagi bekerja (Lumpuh/penyakit kritikal stage 3/4)
  2. Bagi tempoh selepas 20 tahun akan datang, mereka telah mempunyai satu ‘tabung simpanan’ yang boleh mereka gunakan untuk menunaikan haji, membesarkan rumah, belanja anak sambung belajar atau perbelanjaan ketika bersara.
  3. Mereka telah memilih untuk bersara selesa dengan mula mencarum di MAA Takaful sebelum berkahwin, dan telah menambah nilai caruman apabila mampu menyimpan lebih. Perancangan mereka ini bagi mengelak dari bersara sengsara.
  4. MAA Takaful menawarkan pelbagai lagi pelan perlindungan lain mengikut kemampuan penyimpan.
  5. Jika salah seorang dari mereka pergi meninggalkan dunia terlebih dahulu, mereka masih mempunyai satu lagi sumber kewangan untuk membantu melangsaikan urusan-urusan pasangan yang belum sempat dilakukan. Seperti ibadah haji, hutang, pembiayaan tempat tinggal dan sedikit kewangan buat ibu bapa.
  6. Mencarum di Takaful dapat membantu mengukuhkan lagi ekonomi individu dan ummah.
  7. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, anda dinasihatkan untuk menghubungi no dibawah tanpa segan silu 🙂

Sebagai pasangan muda, tindakan mereka ini telah membantu dalam mengurangkan bebanan kewangan jika ditimpa sebarang musibah yang berkaitan dengan perlindungan yang mereka miliki. Disamping itu, mereka juga dapat menyelamatkan wang simpanan bekerja kerana wang simpanan biasa mereka dapat gunakan untuk perkara-perkara kecemasan kecil seperti baiki kereta, teknikal rumah dan lain-lain. 🙂

—————
Sediakan satu tabung perlindungan buat keluarga tersayang anda hari ini untuk masa hadapan.
Siti Nor Adnien
MAA Consultant
0111.7979.324
“We Do What Is Right”

#BuangWangUntukSenang

Takaful ?

Apakah itu TAKAFUL?

Apa itu takaful

Perkataan Takaful berasal dari perkataan bahasa Arab. Kata dasarnya adalah Kafala yang membawa maksud MENJAMIN, MENJAGA atau MEMELIHARA. 

Manakala perkataan Takaful membawa maksud Saling Menjamin. Jaminan yang dipersetujui oleh semua pihak yang mencarum di sebuah syarikat yang mengendalikan Takaful untuk saling menjamin antara satu sama lain apabila berlakunya musibah atau kerugian tertentu pada peserta.

Konsep saling menjamin atau insurans ini telah wujud sekian lama. Salah satu daripadanya ialah penggunaan konsep “Aqilah” yang digunapakai oleh masyarakat Arab jahiliyah. Keadaan bangsa Arab yang tinggal dalam bentuk kesukuan atau kabilah membolehkan amalan ini dilakukan. Sekiranya berlaku pergaduhan dan menyebabkan kematian satu pihak maka pihak yang membunuh akan dikehendaki membayar ganti rugi kepada keluarga orang yang terbunuh. Bayaran ganti rugi itu akan dikutip di kalangan ahli suku atau Kabilah si pembunuh. Ia merupakan satu bentuk jaminan yang wujud pada ketika itu.

Takaful yang wujud pada hari ini pula adalah Takaful berbentuk perniagaan (Tijari) di mana sebuah syarikat menjalankan satu bentuk perniagaan yang bertujuan untuk memberikan jaminan yang berlandaskan Syara’ iaitu terhindar daripada unsur Riba (bunga), Maisir (perjudian) dan Gharar (ketidakpastian). Untuk tidak terlibat dengan unsur-unsur tersebut, perniagaan Takaful menggantikannya dengan konsep Tabarru’ (derma) dan perjalanan operasinya menggunakan dua konsep muamalah Islam iaitu konsep “Mudharabah” dan “Wakalah”.

Dalam kontrak Takaful ini, peserta bersetuju untuk saling menjamin antara mereka. Ia berasaskan kepada sifat persaudaraan, kasih sayang dan saling bantu membantu. Dikatakan demikian kerana sumbangan wang yang diberikan oleh peserta akan dikumpulkan dan wang tersebut digunakan untuk membayar pampasan kepada peserta yang mengalami musibah atau kerugian.

Sumber : https://ustazsaifudin.wordpress.com

—————

Sediakan satu tabung perlindungan buat keluarga tersayang anda hari ini untuk masa hadapan.

Siti Nor Adnien
MAA Consultant
013.634.0862

“We Do What Is Right”

#BuangWangUntukSenang

Kenapa Doktor perlukan Takaful ?

Takaful

 

بسم الله الرّحمَنِ الرَّحِيم

DOKTOR. Satu pekerjaan yang dipandang sebagai tugas professional. Berkhidmat untuk masyarakat dan keluarga. Tugas doktor juga bukanlah tugas yang boleh bersenang lenang kerana mereka perlu korbankan masa untuk pesakit.

Mengapa Doktor perlukan perlindungan Takaful ?

– Tugas doktor yang sentiasa bersedia untuk On Call memerlukan mereka bersedia dari pelbagai sudut.

– Pekerjaan doktor yang mulia juga mempunyai risikonya yang sendiri. Mereka terpaksa meninggalkan ahli keluarga pada bila-bila masa yang memerlukan perkhidmatan mereka.

Doktor juga mempunyai komitmen kewangan yang besar seperti pembelian rumah, kereta, pembelajaran anak-anak, wang perbelanjaan ibubapa dan kos pembiayaan pelajaran dahulu (Jika ada).

– Doktor juga mempunyai anak-anak yang memerlukan perhatian dan penjagaan yang terbaik dari ibu bapa mereka

– Namun, perkhidmatan mereka tidak lagi diperlukan jika mereka telah hilang keupayaan dalam kepakaran. Atau erti kata lain, jika mereka lumpuh tidak mampu bekerja atau meninggal dunia.

 

Mengapa Doktor juga PERLU PERLINDUNGAN TAKAFUL ?

***Manfaat-manfaat bagi seorang doktor juga sama bagi penyimpan-penyimpan lain (Berdasarkan syarat2 kelayakan)

– Jika Doktor tidak mampu lagi bekerja, siapakah yang akan membayar gaji mereka? Bagi menampung perbelanjaan keluarga..

– Jika Doktor pergi meninggalkan dunia, apa nasib anak-anak mereka? Bagaimana pembiayaan pembelajaran mereka? Dan bagaimana ibu bapa mereka..

– Jika Doktor menghidapi penyakit kritikal, berapa banyak pampasan pihak hospital dapat berikan? Atau cukupkah gaji yang disimpan setiap bulan?

– Jika Doktor ditimpa musibah kemalangan, bagaimana dengan pendapatan dan kerja-kerja harian? Berapakah kos upah ganti untuk setiap urusan?

– Jika Doktor terpaksa masuk wad, berapakah ganti pendapatan yang majikan akan dibayar?

– Sebagai seorang Doktor Muslim, pastinya sudah dipasang niat untuk menunaikan tuntutan islam ke lima iaitu menunaikan Haji. Apakah sudah disediakan satu jumlah wang untuk upah haji jika hajat tidak kesampaian?

 

— Professional atau tidak sesuatu bidang pekerjaan tersebut, semuanya mempunyai risiko yang tersendiri. Persoalan mengapa perlunya Perlindungan Takaful sebagai Ganti Pendapatan atau Perlindungan Pendapatan, dapat mengurangkan bebanan individu dan keluarga bilamana ditimpa sesuatu musibah yang tidak ada dalam jaminan kita.

Sesungguhnya setiap yang muda akan menjadi tua, yang sihat juga berkemungkinan sakit dan yang hidup pasti merasai mati.

Lakukan 5 perkara sebelum 5 perkara.

1. Kaya sebelum Miskin

2. Lapang sebelum Sempit

3. Sihat sebelum Sakit

4. Muda sebelum Tua

5. Hidup sebelum Mati

 

Bukanlah Takaful itu menjadikan kita kaya-raya, tetapi dapat mengurangkan bebanan tika ditimpa musibah. Sayangi diri anda dan keluarga. Mencarum di MAA Takaful ketika mampu dan anda telah mempersiapkan suatu urusan penting walaupun anda ‘pergi’ pada bila-bila masa.

—————

Sediakan satu tabung perlindungan buat keluarga tersayang anda hari ini untuk masa hadapan.

Siti Nor Adnien
MAA Consultant
013.634.0862

“We Do What Is Right”

#BuangWangUntukSenang

‘Buang Wang’ di usia Muda

 

Takaful

بسم الله الرحمن الرحيم

Fasa ke tiga Ramadhan da kira dekat ngan Aidilftri. Yang anak muda baru bekerja pun mesti excited tukar duit raya untuk bagi pada parents and family  members sebagai hadiah buat insan-insan tersayang.

Tapi tahukah anda? Ada satu lagi hadiah berharga buat insan tersayang, iaitu Perlindungan Takaful. Amatlah bermakna bagi anak muda 🙂

Kenapa orang muda perlu perlindungan takaful?

Kan masih sihat dan bertenaga. Boleh survive lagi. Tapi pernahkah terfikir akan kuasa Allah yang  Maha Agung lagi Maha Berkuasa, andai Allah tarik nikmat bekerja. Siapa yang akan ganti berikan wang kepada ibu bapa kita?

Andai pergi dulu dari mereka..

Aku tinggalkan sedikit harta / hutang. Haji tak pergi lagi. PTPTN pun tak tabis bayar lg. Kereta pula baru angkat satu. Dan lain-lain perbelanjaan..

 

Sekadar berkongsi.
Respect sorg kawan ni

Beliau anak sulung. Perempuan. Gaji tidak la banyak sangat. Dalam RM 1000 lebih sikit je. Pergi kerja naik motor. (Risiko tgi naik motor niii wahai anak muda yang disayangi). Kerja 250km jauh dari family. Masih terikat dengan hutang pinjaman ‪#‎PTPTN‬. Kerana sayang akan keluarga yang dari golongan biasa, beliau telah sdiakan satu tabung perlindungan sehingga RM 100k buat ibubapa. Andai berlaku apa-apa musibah padanya, dapat juga meringankan sedikit beban keluarga untuk membayar hutang-hutang dan membuat ‘pelaburan akhirat’ buat beliau.

Siapa kata kena pendapatan tinggi baru ambil Takaful ?

Walaupun nampak kawan tu sering bicarakan soal beli kereta. Tapi beliau tahu mana yang lebih utama.

Mendoakan kawan ni berjaya dalam apa jua bidang dan biz untuk menambah pendapatan dan berjaya beli kereta..aamiin

Pilihan yg bijak bagi beliau kerana jika tidak berlaku musibah kematian sehigga 20-30 tahun akan datang, beliau telah mpunyai 1 tabung simpanan masa hadapan selain KWSP best kann 🙂

Walaupun jumlah RM 100,000 tak banyak (bagi yang sudah berharta), setidaknya dapat juga kurangkan bebanan waris apabila berlaku musibah. Kerana MAA Takaful bukanlah untuk kayakan waris sebaliknya mengurangkan bebanan.

Ye, Nyawa takkan dapat dibayar dengan harta. Namun sedikit peninggalan harta dapat membantu pengurusan diri kita bila telah tiada 🙂 sekaligus melangsaikan urusan dunia yang belum sempat kita selesaikan sendiri seperti haji, hutang dan lain-lain.

Dimana ada kemahuan, di situ ada jalan. Sediakan 1 pelan simpanan dan perlindungan anda dengan segera.  Hari semalam adalah sejarah. Hari ini adalah kenyataan dan esok adalah misteri Siapa Tahu?

 

 

—————

Sediakan satu tabung perlindungan buat keluarga tersayang anda hari ini untuk masa hadapan.

Siti Nor Adnien
MAA Consultant
013.634.0862

“We Do What Is Right”

#BuangWangUntukSenang

Tabung ‘buang wang’ untuk Keluarga

Family Takaful

بسم الله الرّحمَنِ الرَّحِيم

 

Mulakan hari dengan ceria dan bertenaga 🙂 Pagi yg indah di fasa terakhir Ramadhan

Niat keluar bekerja untuk membantu keluarga, memberi kehidupan yang lebih baik. Memberi perkhidmatan yang terbaik buat ummah 🙂

Namun, pernahkah anda terfikir jika sesuatu musibah datang tanpa diundang. Sudahkah anda tinggalkan 1 Tabung Perlindungan buat keluarga mahupun diri sendiri ?

FIKIRKAN. Jika anda tidak lagi mampu keluar bekerja untuk menyara keluarga:

  • Siapa akan membayar rumah yang baru dibeli buat keluarga?
  • Siapa akan melangsaikan hutang PTPTN / pembelajaran anda?
  • Siapa akan menguruskan urusan upah haji / haji anda?
  • Siapa akan memberi perbelanjaan buat anak-anak dan isteri? ibu bapa di kampung?
  • Sehingga bila mereka terpaksa melangsaikan hutang peninggalan anda?
  • Siapa akan membayar kos rawatan anda jika mencecah puluhan ribu ringgit?
  • Siapa akan menjaga dan sediakan perbelanjaan jika lumpuh kekal?
  • Siapa akan memberi belanja makan buat keluarga jika masuk wad berhari2?
  • Berapa banyak syarikat membayar gaji anda jika cuti sakit berbulan-bulan?

 

**MAA TAKAFUL – Fikirkan perlindungan terbaik buat ahli keluarga. Tajdid Niat. Takaful bukan satu bebanan kewangan, sebaliknya mengurangkan beban keluarga bilamana kita ditimpa musibah.

 

“Wang kecil membeli wang besar. Itulah polisi takaful hayat dan perubatan. Jika anda tidak paksa diri mengeluarkan wang kecil sekarang anda mungkin terpaksa mengeluarkan wang besar kemudian hari! Fikir2kan” – En Azzam Fadhli Roslan.

—————

Sediakan satu tabung perlindungan buat keluarga tersayang anda hari ini untuk masa hadapan.

Siti Nor Adnien
MAA Consultant
013.634.0862

“We Do What Is Right”

#BuangWangUntukSenang