Adakah saya dilindungi?

Adakah saya dilindungi

 

Mencegah lebih baik dari merawat. Setiap dari kita pasti akan sentiasa berjaga-jaga untuk sebarang perkara yang akan berlaku. Jika anda di  bangku sekolah, anda akan bersedia untuk menerima pujian atau denda jika diberi kerja rumah untuk disiapkan. Jika anda di zaman universiti, anda akan bersedia untuk menghabiskan pengajian dengan cemerlang atau tidak. Jika anda sudah bekerja, anda akan bersedia untuk mendapat kehidupan lebih selesa atau kurang.

Begitu juga dalam kehidupan seharian kita. Sentiasa perlu bersedia untuk apa jua musibah. Sentiasa mencari perlindungan jika anda tahu perkara yang akan terjadi. Sering kita dengar, seseorang yang ditimpa musibah seperti kematian, waris akan mendapat pampasan insuran (jika si mati mengambil insuran). Namun, apakah anda sudah memiliki insuran atau Takaful?

Ikuti langkah-langkah berikut untuk menjawab segala persoalan anda dalam persediaan merancang ekonomi diri dan keluarga buat masa hadapan.

Langkah 1 : FIKIR

S : Apakah jenis polisi yang telah anda ada? Adakah anda telah mengambil insuran/takaful untuk diri anda atau adakah majikan anda telah menyediakan insuran nyawa dan insuran perubatan? Bagaimana dengan keluarga anda? Pasangan anda? Anak-anak anda? Adakah mereka dilindungi?

J : Jika TIDAK, anda perlu melakukan sesuatu dan mengambil serius akan perkara ini. Fikirkan mengenai bagaimana anda dilindungi, dan apakah bentuk perlindungan yang anda perlukan.

Langkah 2 : BERTINDAK

Sebelum anda bergegas mendapatkan takaful hanya sebagai syarat mempunyai insuran/takaful, lakukanlah beberapa kajian mengenai perlindungan takaful.

Tidak semua polisi adalah sesuai untuk diri anda. Perbezaan pada setiap polisi itu bergantung kepada jenis produk, kelebihan, syarat dan pengecualiannya. Lakukan beberapa kajian dan memilih polisi yang sesuai dengan keperluan masa kini dan akan datang. Yang penting, anda tahu apakah tujuan anda mendapatkan perlindungan Takaful. (Rujuk disini)

Lindungi diri anda. Lindungi insan yang tersayang dan tiada yang lebih bernilai dapat anda belanjakan melainkan untuk yang tersayang. Bolehkah keluarga anda meneruskan kehidupan tanpa anda?

Tiada siapa suka untuk mempersoalkan perkara ini, tetapi masa yang kita ada di dunia ini adalah anugerah yang terhad. Anda mungkin telah menyediakan sesuatu untuk memastikan ahli keluarga anda akan dilindungi dan dijaga setelah anda pergi meninggalkan dunia, tetapi adakah anda telah cukup melakukan tugas tersebut? Pelan perlindungan takaful buat individu dan keluarga dapat menambah nilai dalam perancangan kewangan anda, jadi mereka tetap dapat meneruskan kehidupan dengan selesa walaupun selepas pemergian anda.

Langkah 3 : RANGKA / PELAN

Merangka sumber kewangan dan perbelanjaan bulanan amatlah penting bagi individu. Namun, perlu di ambil kira juga akan hutang-hutang yang sedia ada termasuklah pinjaman pengajian, loan rumah, kereta dan sebagainya. Jika berlaku musibah kematian, dengan simpanan anda hari ini, apakah sudah cukup untuk membayar kesemua jumlah hutang tersebut? Apakah ahli keluarga atau anak-anak anda mampu membayar kesemuanya? Bagaimana pula tabung pendidikan anak-anak anda kelak?

Menyediakan simpanan yang sesuai dan bertepatan dengan keperluan anda dan keluarga dapat mengelak dari segala permasalahan anda di atas. Takaful bukanlah untuk menjadikan waris anda kaya, namun ianya membantu mengurangkan bebanan waris jika berlaku musibah yang tidak dijangka terhadap diri anda.

Fikir-fikirkan dan renungkan.

Dengan polisi Pelan Perlindungan Keluarga, Pelan Kad Perubatan dan Pelan Pendidikan Anak-anak, keluarga anda mendapat perlindungan komprehensif yang diperlukan pada masa kini dan akan datang.

Jika anda masih belum mempunyai perlindungan Takaful kerana syarikat anda telah menyediakan insuran, ambil sedikit waktu untuk membuat sedikit kajian apakah cukup perlindungan anda dan keluarga. Selagi kita diberi kesihatan yang baik, manfaatkan dengan sebaiknya. Sedikit perkongsian buat mereka yang masih merasa berada di zon selesa tanpa dilindungi takaful. (Klik disini)

Hubungi saya untuk dapatkan pelan perlindungan yang sesuai dan lebih terperinci buat anda =)

 

Sediakan satu tabung perlindungan buat keluarga tersayang anda hari ini untuk masa hadapan
Siti Nor Adnien
MAA Consultant
0111.7979.324
“We Do What Is Right”

#BuangWangUntukSenang #GemilangEmpire

Motivasi + Raya

Alhamdulillah. Qualified untuk attend ‘Change Seminar’ Badrul Sani. Yang lagi best, dapat beraya dengan MAA di Times Square 😉

badrulsani

Gigih datang dengan leader (kaklong) naik bas, komuter sampai ke TS 🙂

Jujur. Aku rindu program motivasi. Sebab tahu diri sentiasa perlukan motivasi. hehehe. Cuma kali ini, lebih kepada motivasi sebagai agent takaful 😉

Makanan minda, jiwa, perut semua sudah. Balik la ke Jengka dengan buku percuma Mr. Badrul Sani 🙂

AdnienNasir, 
Alhamdulillah ala kulli hal 🙂

Tujuan mendapatkan Takaful

Tujuan Ambil Takaful

Apabila anda membuat apa-apa komitmen kewangan, seperti membeli rumah melalui pinjaman bank, anda telah mengunci sebahagian daripada pendapatan masa depan anda bagi pembayaran balik pinjaman tersebut.

Sekiranya berlaku perkara yang tidak diingini seperti kematian atau kehilangan upaya, atau bencana ekonomi (pemberhentian kerja), keupayaan anda untuk memenuhi komitmen kewangan sedia ada akan terganggu dan berkemungkinan besar juga anda akan kehilangan aset yang sedia ada!

Terdapat satu instrumen kewangan yang boleh diperoleh untuk melindungi anda daripada apa-apa kemungkinan seperti kematian, lumpuh kekal, hilang upaya bekerja – ia adalah TAKAFUL.

Takaful merupakan satu cara melindungi diri anda, keluarga dan harta benda anda sekiranya berlaku sebarang perkara yang tidak diingini.

Di samping menawarkan perlindungan, takaful juga memberikan anda ketenangan fikiran. Bayaran yang dibuat bagi takaful membolehkan anda:

  • Membayar ganti rugi bagi barangan peribadi atau mendapat gantian barangan yang telah dicuri (sekiranya barangan tersebut telah ditakafulkan)
  • Membayar bil perubatan apabila anda atau keluarga menerima rawatan di hospital
  • Menyelenggara perbelanjaan bulanan, hutang dan komitmen kewangan apabila anda tidak lagi berupaya bekerja disebabkan oleh menghidapi penyakit kritikal atau kemalangan
  • Menyediakan bantuan kewangan bagi keluarga anda sekiranya ditakdirkan anda kehilangan upaya, mengalami penyakit kritikal atau meninggal dunia, terutamanya jika anda pencari nafkah utama dalam keluarga

Sumber : Celik Wang

 

Sediakan satu tabung perlindungan buat keluarga tersayang anda hari ini untuk masa hadapan
Siti Nor Adnien
MAA Consultant
0111.7979.324
“We Do What Is Right”

#BuangWangUntukSenang #GemilangEmpire

Perancangan Kewangan

Perancangan Kewangan

 

Apakah yang dimaksudkan dengan Perancangan Kewangan?

Sekiranya anda merancang untuk pergi ke satu destinasi – apa yang perlu anda lakukan?

Berbagai persoalan yang akan timbul pada diri anda:-

  • Apakah cara terbaik untuk ke sana?
  • Wujudkah kesesakan lalu lintas?
  • Adakah lebih baik menaiki LRT atau bas, atau perlukan seseorang membawa anda ke sana?

Ternyata terdapat banyak pilihan yang anda boleh pilih dan buat!

Maka, untuk mendapatkan pilihan terbaik, nilailah pilihan-pilihan yang sedia ada. Fikirkan apa yang perlu dan wajar untuk anda lakukan, kemudian buatlah keputusan. Langkah-langkah sedemikian merupakan proses yang dikenali sebagai perancangan. Perancangan boleh dibuat bagi jangka masa pendek, sederhana mahupun panjang.

Begitu juga dengan Perancangan Kewangan, cuma bezanya adalah pada tempoh perancangan anda perlu menjangkau sehingga usia persaraan.

Perancangan kewangan ini melibatkan persoalan-persoalan mengenai masa depan, impian dan matlamat anda. Ini merangkumi apa yang anda mahukan dalam kehidupan, contohnya mendirikan rumah tangga, membeli kereta atau rumah, mendapat cahaya mata dan membiayai pelajaran mereka.

Bagi memenuhi impian anda di atas, anda perlu merancang dari segi kewangan. Dalam perancangan kewangan, anda akan melihat bagaimana perlunya menyediakan bajet atau belanjawan, menabung dan membelanjakan wang anda sepanjang masa.

Rangka perancangan kewangan anda dari sekarang! =)

Credit : Money Sense / Celik Wang

—————
Sediakan satu tabung perlindungan buat keluarga tersayang anda hari ini untuk masa hadapan
Siti Nor Adnien
MAA Consultant
0111.7979.324
“We Do What Is Right”

#BuangWangUntukSenang

Falsafah Takaful

Falsafah Takaful

Falsafah TAKAFUL

Falsafah takaful menekankan kepada sifat keikhlasan dan di bawah konsep ini para peserta memberi sumbangan kewangan berdasarkan kepada kontrak tabarru’ yang mana para peserta bersetuju agar sumbangan yang diberikan digunakan untuk membantu para peserta di dalam pelan/skim takaful yang berkenaan.

Sumbangan atau caruman takaful yang dibuat adalah dengan niat yang ikhlas dan hati yang redha untuk tujuan berbakti atau membantu insan lain yang lebih memerlukan.

Dalam erti kata lain, takaful bertujuan untuk mewujudkan perhubungan yang erat di antara peserta-peserta yang bersetuju menanggung bersama mereka kerugian yang disebabkan oleh risiko bersama seperti kematian, kemalangan dan sebagainya yang menimpa di kalangan mereka. Dengan ini semangat takaful menekankan kepada kepentingan persaudaraan antara peserta.

Sifat mengutamakan diri sendiri tidak sepatutnya wujud di kalangan peserta takaful.

—————
Sediakan satu tabung perlindungan buat keluarga tersayang anda hari ini untuk masa hadapan.
Siti Nor Adnien
MAA Consultant
0111.7979.324
“We Do What Is Right”

#BuangWangUntukSenang

Penubuhan Industri Takaful di Malaysia

Penubuhan Takaful di Malaysia

Perkembangan industri Takaful di Malaysia pada awal tahun 1980-an ialah hasil daripada keperluan umat Islam pada ketika itu untuk mempunyai alternatif kepada insurans konvensional yang memenuhi kehendak Syariah serta bagi melengkapkan operasi Bank Islam Malaysia Berhad yang ditubuhkan pada tahun 1983.

Kewujudan industri takaful dipengaruhi sebahagian besarnya oleh keputusan Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan Malaysia yang memutuskan bahawa insurans hayat dalam bentuk yang ada ialah suatu kontrak yang tidak sah kerana mempunyai unsur-unsur gharar (ketidakpastian), maisir (perjudian) dan riba’.

Pasukan Petugas Khas telah ditubuhkan oleh Kerajaan pada tahun 1982 untuk mengkaji daya maju penubuhan syarikat insurans secara Islam.

Berikutan syor Petugas ini, Akta Takaful telah dikuatkuasakan pada tahun 1984 dan pengendali takaful yang pertama telah diperbadankan di Malaysia pada bulan November 1984.

Sehingga Disember 2005, ada lima pengendali takaful yang berdaftar dengan Persatuan Takaful Malaysia.

Bank Negara Malaysia mengumumkan pada bulan Januari 2006 bahawa ia telah meluluskan pengeluaran empat lesen takaful baru kepada konsortium dan usaha sama takaful termasuklah MAA Holdings Berhad dan Solidarity Co., Bahrain. 

 

Sumber: Terbitan Islamic Banking and Finance Institute Malaysia Sdn. Bhd (2009)

 

—————
Sediakan satu tabung perlindungan buat keluarga tersayang anda hari ini untuk masa hadapan.
Siti Nor Adnien
MAA Consultant
0111.7979.324
“We Do What Is Right”

#BuangWangUntukSenan