‘Kepulangan’ Imam Muda Asrul Fahmi

Berat mata memandang, Berat lagi bahu yang memikul

Hebat ujian buat manusia, Hebat lagi Perancangan Allah pada kita

Menjadi viral sejak di akhir-akhir kehidupannya apabila allahyarhamhu amat memerlukan sumbangan darah jenis ‘O’ kerana kekurangan darah akibat kemalangan. Pelbagai platform hebahan oleh sahabat handai, penduduk setempat dan orang awam digunakan bagi membantu imam muda yang disenangi semua lapisan masyarakat ini.

af4

Kita merancang, Allah juga merancang. Namun, ternyata Allah lebih menyayanginya.

“Dari Allah kita datang, kepada Allah kita kembali”

af

Photo : Phobie Molly (FB)

Pada malam Jumaat yang penuh barakah, al-hafiz imam muda Asrul Fahmi pergi menghadap Ilahi selepas 2 hari bertarung nyawa di Hospital. Pemergiannya bagai dirasai seluruh penduduk bumi.

Begitu istimewa pengakhiran kehidupan al-hafiz yang kembali kerahmatullah bersama senaskhah al-quran didada. ‘Kepulangannya’ kepada Pencipta menjentik banyak jiwa. Diiringi ramai hamba-hambaNya yang masih diuji didunia. Damailah dikau disana wahai insan yang istimewa..

af5

af7

إنا لله و إنا إليه راجعون

اللَّهُمَّ اغْفِرْ لَهُ وَارْحَمْهُ , وَعَافِهِ وَاعْفُ عَنْهُ , وَأَكْرِمْ نُزُلَهُ , وَوَسِّعْ مُدْخَلَهُ , وَاغْسِلْهُ بِالْمَاءِ وَالثَّلْجِ وَالْبَرَدِ , وَنَقِّهِ مِنَ الْخَطَايَا كَمَا يُنَقَّى الثَّوْبُ الأَبْيَضُ مِنَ الدَّنَسِ ، وَأَدْخِلْهُ دَارًا خَيْرًا مِنْ دَارِهِ , وَأَهْلا خَيْرًا مِنْ أَهْلِهِ , وَزَوْجًا خَيْرًا مِنْ زَوْجِهِ , وَأَدْخِلْهُ الْجَنَّةَ , وَأَعِذْهُ مِنْ عَذَابِ الْقَبْرِ , وَمِنْ عَذَابِ النَّار

af6

Walau hamba tak pernah bertegur sapa dengan allahyarhamhu di USIM, tetapi kelibatnya ada di antara ramai pelajar di kampus. Walau kita satu kampung; Bachok tak pernah bersua tapi khabar ‘pemergiannya’ dihebah keseluruh media.

Hebatnya tarbiah dari keluarga yang menetap di negeri serambi Mekah ini. Dibawa bersama al-Quran didada. Didunia, kita peliharanya. Di alam seterusnya, al-Quran yang akan pelihara kita.

Selesai sudah urusanmu, ramai ‘mencemburui’ dan ‘gembira’ dengan pengakhiranmu yang indah walau pahit untuk diterima.. Semoga Allah ampuni segala dosa kamu, dan merahmati ke atasmu serta di tempatkan dikalangan orang-orang beriman.

Al-Fatihah.. USIM. 2010-2014

Advertisements

Perlindungan Kemalangan

Apakah itu Takaful sebagai Perlindungan Kemalangan?

Majoriti kesemua pemilik kenderaan di Malaysia hari ini membayar insurans kenderaan setiap tahun bagi melindungi kenderaan mereka dari segi kos pembaikian kenderaan akibat kemalangan, hilang dan lain-lain.

Kenderaan itu tinggi nilainya, ada yang mencecah ratusan ribu ringgit, puluhan ribu ringgit.. Kerana nilainya yang tinggi, pemilik kenderaan telah membuat satu perlindungan yang dipanggil insurans kereta.

Seperti contoh, sebuah kereta Honda yang nilainya RM 60,000. Diambil insurans yang melindungi sehingga RM 55,000. Sekiranya, berlaku kemalangan yang memerlukan kos pembaikiannya sehingga RM 25,000. Kereta Honda tersebut boleh mendapat pampasan insurans sebanyak RM 25,000. Dengan ini, ianya membantu pemilik dari segi tidak mengeluarkan belanja sendiri bagi membayar kos pembaikian kereta tersebut.

Begitu juga dengan Perlindungan Kemalangan terhadap pemilik kenderaan. Jika tadi, pemilik hanya men’insurans’kan badan kereta. Namun, badan fizikal pemilik juga perlu di’insurans’kan dengan Perlindungan Kemalangan Takaful.

PERLINDUNGAN KEMALANGAN

Jika berlaku kemalangan, dan si mangsa juga mengalami kecederaan. Mereka layak menerima pampasan akibat kemalangan seperti; elaun hospital, MC, patah tulang, kelecuran, lumpuh kekal, bayaran balik ambulans, pampasan rawatan luar, kematian dan lain-lain.

Bayangkan, sekiranya si mangsa yang merupakan ketua keluarga terpaksa bercuti sehingga 6 bulan akibat patah tulang. Bagaimana dengan pekerjaan/perniagaan nya? Apakah gaji penuh yang akan dimiliki? Bagaimana dengan isteri yang tidak bekerja? Bagaimana anak-anak yang masih kecil dan bersekolah?

Seperti contoh, pampasan yang layak diterima mangsa ialah:

  • RM 4,500 (elaun hospital = RM 300 x 15 hari)
  • RM 10,000 (bayaran balik perubatan)
  • RM 30,000 (pampasan akibat patah tulang)
  • RM  7,200 (MC – 6 bulan = 24 minggu x RM 300)
  • RM 300 (Rawatan Perubatan Alternatif seperti urutan luar)
  • RM 52,000 – PAMPASAN YANG LAYAK DITERIMA

Selagi masih hidup dan sihat, kita diberi pilihan. Pilihan untuk bersedia awal dan menerima bila memerlukan.. atau meminta-minta disaat amat memerlukan.

Nilai 1 nyawa manusia dan sebuah kereta memang jauh berbeza. Namun, kerana sayangkan diri dan ahli keluarga, Perlindungan Kemalangan takaful ini harus menjadi kewajipan bagi setiap ahli keluarga, kerana musibah kemalangan boleh menimpa sesiapa sahaja tanpa diduga dan ia datang tanpa diundang.

Jika berlaku kematian akibat kemalangan, waris juga layak menerima pampasan Perlindungan Kemalangan sehingga RM1,000,000 dari MAA TAKAFUL BERHAD dengan caruman serendah RM 2,164.00 setahun. (PATINA2016)

Mengapa perlu insuranskan kereta sahaja? Jika diri juga amat memerlukan dan nilainya jauh lebih berharga.. Renungkan-renungkan, dan dapatkan Perlindungan Kemalangan anda dengan segera 🙂

Nota:
Takaful – Perlindungan Kemalangan ini bukan hanya melindungi kemalangan di jalan raya, juga kemalangan di dalam rumah seperti kecederaan pisau, jatuh tangga, jatuh pokok dan lain-lain.

Hubungi:
0136340862 / 01117979324
0136340862 / 01117979324
0136340862 / 01117979324

Adnien.maa@gmail.com

We Do What Is Right!

Jenis-jenis Takaful Keluarga

Takaful Keluarga adalah gabungan perlindungan insurans hayat dan simpanan jangka masa panjang yang biasanya bagi tempoh melebihi satu tahun.

Ia menyediakan manfaat kewangan sekiranya anda mengalami suatu tragedi di samping memberikan keuntungan daripada pelaburan.

Caruman boleh dibuat setiap bulan, suku tahun, setengah tahun atau setiap tahun.

takaful-keluarga-

Jenis-jenis takaful keluarga termasuklah:

  • Keluarga: Ini termasuk pelan pelajaran, gadai janji dan kesihatan.Anda atau waris anda akan menerima manfaat kewangan sekiranya berlaku kematian atau kehilangan upaya yang kekal.
    Terdapat juga simpanan jangka masa panjang dan keuntungan pelaburan yang akan diagihkan sekiranya terdapat tuntutan, tempoh matang atau serahan awal polisi insurans.
  • Anuiti Persaraan: Pelan yang memberikan pendapatan tetap selepas anda bersara.
  • Berkaitan pelaburan: Gabungan pelaburan dan perlindungan hayat, di mana sebahagian daripada caruman anda akan digunakan untuk membeli unit pelaburan dan selebihnya bagi perlindungan takaful sekiranya berlaku kematian atau kehilangan upaya yang kekal.
  • Perubatan dan Kesihatan: Pelan yang melindungi kos rawatan di hospital dan kos pembedahan.

Dapatkan Perlindungan Takaful buat keluarga tersayang,

“Buang Wang Untuk Senang”
013.634.0862 / 0111.7979.324
adnien.maa@gmail.com

Sumber Rujukan: CelikWang AKPK. 2010

Bina Gaji Kecemasan

 

Hari ini kita bekerja untuk keluarga, memenuhi keinginan dan keperluan semasa..

Seandainya ditakdir Allah, semalam berlaku musibah tanpa diduga. Membuatkan kita hilang kelayakan untuk terus bekerja.

Bagaimanakah impian dan keinginan yang kita harapkan?
Apa nasib anak-anak kecil yang masih memerlukan bimbingan?
Dimanakah pasangan kita mahu mengharapkan bantuan?

Tanya pada diri, sudahkah dipersiapkan dana kecemasan buat yang tersayang?

Tahukah anda bahawa 10% dari gaji bulanan anda hari ini mampu selamatkan 100% gaji anda selama 10 tahun untuk kegunaan keluarga yang ditinggalkan seandainya musibah menimpa anda (kematian awal/penyakit kritikal/hilang upaya kekal) semalam?

IG003

Jana Pendapatan Kecemasan dengan Pendapatan hari ini.
Dapatkan taklimat berkaitan Bina Gaji Kecemasan,

Hubungi : 0136340862 (Adnien)
Hubungi : 0136340862 (Adnien)
Hubungi : 0136340862 (Adnien)

Adnien.maa@gmail.com

 

Assalamualaikum 2016 #1

Alhamdulillah. Masih diberi nafas oleh Ilahi untuk menerus kehidupan di muka bumi. Tahun Baru 🙂

kickoff

Berpeluang hadir ke #Kikof Kuala Lumpur Kick Off 2016 (lepas attend kelas FGC). Ambik aura orang KL 😉

Berakhir 6 bulan pertama kehidupan sebagai Konsultan di MAA TAKAFUL BERHAD.

Ternyata, pelbagai cabaran, pengalaman dan perkara baru yang diperoleh secara langsung dan tidak langsung. 🙂

Melihat kepada otai-otai lama yang bertahan hingga berpuluh tahun, terasa diri jauh sentiasa memerlukan kan ‘sokongan’ dan ‘kekuatan’, untuk berada di medan ‘dakwah takaful’

10649476_1044504148903000_4075444782113026725_n

Semoga Allah memberkati setiap dari staf, agent, pelanggan takaful dan seluruh hamba-hambaNya yang sentiasa mengharap keredhaan dan ‘sokongan’ dari Nya.

Terima Kasih juga buat semua pelanggan yang mempercayai kami 🙂

Because MAA is always wonderful,
We Do What Is Right !!

Alhamdulillah ala kulli hal

AdnienNasir,
Assalamualaikum 2016 🙂