Kisah 3 Raja sebagai Pengajaran Orang Muda

Ada 1 kisah zaman dahulu.

Disebuah perkampungan desa. Terdapat satu sistem pemerintahan beraja. Pada setiap tahun, Raja di sana akan ditukar dengan rakyat jelata. Ini bagi memberi peluang kepada rakyat untuk merasai bagaimanakah berada di kerusi Raja. Selepas tamat satu tahun pemerintahan, Raja akan dihantar ke sebuah pulau tanpa sebarang jawatan, sumber kewangan dan seorang diri.

Selepas tamat 365 hari perkhidmatan Raja yang pertama, dia dihantar ke sebuah pulau yang jauh terpencil tiada penghuni. Sebelum dihantar ke sana, si Raja itu sudah menikmati pelbagai kemewahan dan kesenangan. Pasti sukar bagi si Raja tersebut tinggal di pulau bak penjara itu.

Kemudian Raja Kedua diganti dengan orang baru. Perkara yang sama juga dirasai oleh Raja Kedua ini. Kehidupannya sebagai Raja mewah dan senang sepanjang tahun. Segala yang diingini dapat dirasainya. Sehinggalah tiba hari terakhir pemerintahannya, dan dia dihantar ke pulau yang sama.

Menurut cerita orang-orang kampung, Raja yang pertama itu telah meninggal dunia dimakan haiwan buas. Tiada siapa tahu dan dimaklumkan status Raja tersebut.

Beralih pula kepada pemerintahan Raja yang ketiga. Raja ketiga ini sedikit berlainan seperti Raja-raja sebelumnya. Pemerintahannya bukan sahaja di kawasan kampung, malahan Raja Ketiga ini menggunakan kuasa pemerintahannya dengan memperuntukkan sedikit dana bagi pembangunan di pulau tadi. Kehidupan Raja Ketiga ini tidaklah begitu mewah dan senang kerana sibuk dengan perancangan dan pembangunan yang dilakukannya.

Sehingga tamat pemerintahanya, Raja Ketiga juga perlu dihantar ke Pulau yang sama seperti Raja-raja sebelumnya. Perbezaannya Raja Ketiga tidak pergi ke pulau itu dalam keadaan tiada penghuni kerana pembangunan yang telah dilakukannya menarik rakyat-rakyat lain juga untuk berpindah ke sana.

Tamatlah sudah kisah Raja-raja pada zaman dahulu. Kini tinggal kita rakyat jelata, bagaimana perancangan kita menggunakan kelebihan, kenikmatan hari ini untuk persediaan di hari depan yang jauh lebih panjang.. 😉

“Share” Jika Bermanfaat. 🙂