Hashtag Hibah Takaful

Hibah Takaful

Apa itu Hibah?

Hibah merupakan “Pemberian Kasih Sayang” berbentuk wang tunai / barang / aset kepada sesiapa sahaja yang terlintas di fikiran, seperti suami, isteri, ibubapa, adik beradik, pusat tahfiz dsb.

Apa itu Hibah Takaful?

Hibah Takaful merupakan “Hibah Bersyarat” dimana Hibah tersebut akan terlaksana sekiranya berlaku kematian kepada pemohon.

Pampasan Hibah berbentuk wang tunai RM200,000 yang telah dihibahkan tidak perlu melalui pengurusan harta pusaka yang rumit dan ia milik mutlak penerima dan patuh syariah.

Apakah dimaksudkan Hibah Bersyarat?

“Hibah Bersyarat” merupakan Hibah yang terlaksana SELEPAS berlaku kematian kepada pemohon.

Bermakna, pemohon berhak membuat penukaran penerima hibah selagi masih hidup. Seperti contoh, seorang Ayah yang bertanggungjawab merancang pemberian hibah 50% kepada isteri, 50% kepada anak sulung berusia 7 tahun.

Selepas 3 tahun, si ayah membuat penukaran kepada 50% untuk isteri, 20% anak sulung, 20% anak kedua dan 10% buat tahfiz (bagi jariah berterusan diri sendiri)

CONTOH LAIN,
ANDA boleh UGUT pasangan untuk membatalkan penerima hibah sekiranya berani macam² 😝😝😜😜

Adakah semua polisi takaful menggunakan Hibah?

Tidak. Terdapat polisi takaful yang memberikan pampasan berbentuk “Wasi” atau dikenali sebagai “Penama” iaitu jumlah pampasan yang diterima keluarga si mati WAJIB melalui FARAID bagi proses pembahagian harta pusaka.

Namun, kebanyakan polisi takaful pada hari ini berbentuk HIBAH. Dan syarikat takaful pertama yang menggunakan konsep HIBAH ialah MAA TAKAFUL Berhad.

Apa saya perlu lakukan?

Semak buku polisi anda, dan hubungi agent terdekat dari mana² syarikat takaful bagi membantu anda mendapatkan penjelasan berkaitan status HARTA peninggalan bakal arwah.

Siti Nor Adnien
013-634 0862
Consultant
‪#‎ZurichTakaful‬

Advertisements

Kemana pergi duit Takaful yang dibayar tiap-tiap tahun?

Kemana pergi duit Takaful yang dibayar tiap-tiap tahun?

Aku sihat jeee. Tak sakit pun. Mana pergi duit aku? Aku haramkan sapa guna. Tak guna punya takaful!

“Sabar bang, abang ambik takaful sebab apa? Abang mungkin dah salah faham konsep takaful. Abang mungkin lupa kenapa abang ambil takaful..atau mungkin abang ambik dulu ketika waras. Ehh”

Takaful ni konsepnya ibarat menyimpan ramai² dalam satu tabung.

Ditakdirkan Allah ada salah seorang penyimpan ditimpa musibah kematian. Bahagian pengurusan dana simpanan tadi menjalankan tugas dengan membayar wang pampasan kematian kepada ahli waris si mati.

Bahagian Pengurusan Dana ialah syarikat takaful yang menguruskan tabung peserta seperti contoh Syarikat MAA Takaful, Syarikat Zurich Takaful Malaysia Berhad.

Ahli-ahli penyumbang lain lah yang turut menyumbang. Secara tidak langsung, ahli penyimpan lain telah membuat jariah, sumbangan berupa wang tunai kepada keluarga mangsa.

Kalau abang tak nak terlibat, baiklah abang undur diri. Berlaku apa-apa musibah akan datang pun biarlah anak bini abang tanggung sendiri. 🙂

We do what is right!

‪#‎zurichtakaful‬
‪#‎gemilangempire‬

..oh macam tu ya? Okay² abang halalkan…