Pengenalan

Apakah itu TAKAFUL?

Apa itu takaful

Perkataan Takaful berasal dari perkataan bahasa Arab. Kata dasarnya adalah Kafala yang membawa maksud MENJAMIN, MENJAGA atau MEMELIHARA.

Manakala perkataan Takaful membawa maksud Saling Menjamin. Jaminan yang dipersetujui oleh semua pihak yang mencarum di sebuah syarikat yang mengendalikan Takaful untuk saling menjamin antara satu sama lain apabila berlakunya musibah atau kerugian tertentu pada peserta.

Falsafah TAKAFUL

Falsafah takaful menekankan kepada sifat keikhlasan dan di bawah konsep ini para peserta memberi sumbangan kewangan berdasarkan kepada kontrak tabarru’ yang mana para peserta bersetuju agar sumbangan yang diberikan digunakan untuk membantu para peserta di dalam pelan/skim takaful yang berkenaan.

Sumbangan atau caruman takaful yang dibuat adalah dengan niat yang ikhlas dan hati yang redha untuk tujuan berbakti atau membantu insan lain yang lebih memerlukan.

Dalam erti kata lain, takaful bertujuan untuk mewujudkan perhubungan yang erat di antara peserta-peserta yang bersetuju menanggung bersama mereka kerugian yang disebabkan oleh risiko bersama seperti kematian, kemalangan dan sebagainya yang menimpa di kalangan mereka. Dengan ini semangat takaful menekankan kepada kepentingan persaudaraan antara peserta.

Sifat mengutamakan diri sendiri tidak sepatutnya wujud di kalangan peserta takaful.

Hibah Takaful

Hibah Takaful merupakan Pampasan Hibah yang diberikan kepada waris dalam bentuk Pemberian Kasih Sayang. Pampasan yang diterima adalah milik mutlak penerima tanpa perlu melalui  proses tuntutan Faraid.

Hibah Takaful

Kenali Penulis

Merupakan graduan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) 2014 dalam jurusan Ijazah Sarjana Muda Pengajian al-Quran dengan Multimedia. Freelancer Graphic Designer dan Consultant sepenuh masa Zurich Takaful Malaysia Berhad.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s