Most Outstanding Takaful Company – KLIFF2017

Syukur alhamdulillah. Tahniah Zurich Takaful Malaysia Berhad yang baru sahaja memenangi anugerah “Most Outstanding Takaful Company” di Kuala Lumpur Islamic Finance Forum 2017 (KLIFF 2017).

Jutaan Terima Kasih juga buat semua para pelanggan kami yang setia dan bijak memilih operator Takaful terbaik dikalangan terbaik. Zurich Takaful (dahulunya dikenali sebagai MAA Takaful) masih gagah dan berani untuk menjadi Syarikat Takaful terbaik dalam negara.

kliff 2017

‘Reporting LIVE from the Kuala Lumpur Islamic Finance Forum Awards 2017: Zurich Takaful Malaysia Berhad is the proud recipient of The Most Outstanding Takaful Company award this year! We would like to dedicate this award to YOU – our valued customers, agents and partners. You are the reason we strive to be the best!’

Advertisements

Malam Anugerah Kecemerlangan KEB 2016

السلام عليكم ورحمة الله وباركاته

Syukur Alhamdulillah selesai hari bersejarah Malam Anugerah Kecemerlangan Kumpulan Era Bumi (KEB) bagi performance tahun 2016.

Kali ini dapat berdiri bersama barisan penerima-penerima KEB Diamond Club awards. Pencapaian ini dikira melalui 2 cara. Pertama melalui bilangan kes 80 dan keatas. Kedua, jumlah FYP RM60,000 dan keatas.

Bagi kategori agensi pula, syukur alhamdulillah group kami Champion bagi kategori Direct Group 2016. Tempat kedua Whole Group 2016. Segala penat lelah bersama tahun lepas telah ‘terbayar’ pada malam anugerah ini.

Penghargaan dari Ketua Agensi di bawah Kumpulan Era Bumi ini sentiasa diadakan bagi setiap tahun. Pembahagian awards terbuka kepada seramai mungkin yang layak. Salah satu batu lonjatan dalam menambah nilai positif dalam bekerja ialah apabila diberi penghargaan seperti ini.

Misi bagi tahun 2017 tetap perlu diteruskan. Kami sentiasa membuka ruang dan peluang kepada anda yang ingin mencuba dan turut serta dalam karier ini. Bersama group champion yang sentiasa positive, encourage each other to achieve more dan sama-sama menaikkan jika jatuh.

“Keep Focus, Consistent and Believe”

Malam Anugerah KEB

Siti Nor Adnien
Executive Consultant
Zurich Takaful (M) BHD
adnien.ztmb@gmail.com
013-634 0862

‘Kepulangan’ Imam Muda Asrul Fahmi

Berat mata memandang, Berat lagi bahu yang memikul

Hebat ujian buat manusia, Hebat lagi Perancangan Allah pada kita

Menjadi viral sejak di akhir-akhir kehidupannya apabila allahyarhamhu amat memerlukan sumbangan darah jenis ‘O’ kerana kekurangan darah akibat kemalangan. Pelbagai platform hebahan oleh sahabat handai, penduduk setempat dan orang awam digunakan bagi membantu imam muda yang disenangi semua lapisan masyarakat ini.

af4

Kita merancang, Allah juga merancang. Namun, ternyata Allah lebih menyayanginya.

“Dari Allah kita datang, kepada Allah kita kembali”

af

Photo : Phobie Molly (FB)

Pada malam Jumaat yang penuh barakah, al-hafiz imam muda Asrul Fahmi pergi menghadap Ilahi selepas 2 hari bertarung nyawa di Hospital. Pemergiannya bagai dirasai seluruh penduduk bumi.

Begitu istimewa pengakhiran kehidupan al-hafiz yang kembali kerahmatullah bersama senaskhah al-quran didada. ‘Kepulangannya’ kepada Pencipta menjentik banyak jiwa. Diiringi ramai hamba-hambaNya yang masih diuji didunia. Damailah dikau disana wahai insan yang istimewa..

af5

af7

إنا لله و إنا إليه راجعون

اللَّهُمَّ اغْفِرْ لَهُ وَارْحَمْهُ , وَعَافِهِ وَاعْفُ عَنْهُ , وَأَكْرِمْ نُزُلَهُ , وَوَسِّعْ مُدْخَلَهُ , وَاغْسِلْهُ بِالْمَاءِ وَالثَّلْجِ وَالْبَرَدِ , وَنَقِّهِ مِنَ الْخَطَايَا كَمَا يُنَقَّى الثَّوْبُ الأَبْيَضُ مِنَ الدَّنَسِ ، وَأَدْخِلْهُ دَارًا خَيْرًا مِنْ دَارِهِ , وَأَهْلا خَيْرًا مِنْ أَهْلِهِ , وَزَوْجًا خَيْرًا مِنْ زَوْجِهِ , وَأَدْخِلْهُ الْجَنَّةَ , وَأَعِذْهُ مِنْ عَذَابِ الْقَبْرِ , وَمِنْ عَذَابِ النَّار

af6

Walau hamba tak pernah bertegur sapa dengan allahyarhamhu di USIM, tetapi kelibatnya ada di antara ramai pelajar di kampus. Walau kita satu kampung; Bachok tak pernah bersua tapi khabar ‘pemergiannya’ dihebah keseluruh media.

Hebatnya tarbiah dari keluarga yang menetap di negeri serambi Mekah ini. Dibawa bersama al-Quran didada. Didunia, kita peliharanya. Di alam seterusnya, al-Quran yang akan pelihara kita.

Selesai sudah urusanmu, ramai ‘mencemburui’ dan ‘gembira’ dengan pengakhiranmu yang indah walau pahit untuk diterima.. Semoga Allah ampuni segala dosa kamu, dan merahmati ke atasmu serta di tempatkan dikalangan orang-orang beriman.

Al-Fatihah.. USIM. 2010-2014

Assalamualaikum 2016 #1

Alhamdulillah. Masih diberi nafas oleh Ilahi untuk menerus kehidupan di muka bumi. Tahun Baru 🙂

kickoff

Berpeluang hadir ke #Kikof Kuala Lumpur Kick Off 2016 (lepas attend kelas FGC). Ambik aura orang KL 😉

Berakhir 6 bulan pertama kehidupan sebagai Konsultan di MAA TAKAFUL BERHAD.

Ternyata, pelbagai cabaran, pengalaman dan perkara baru yang diperoleh secara langsung dan tidak langsung. 🙂

Melihat kepada otai-otai lama yang bertahan hingga berpuluh tahun, terasa diri jauh sentiasa memerlukan kan ‘sokongan’ dan ‘kekuatan’, untuk berada di medan ‘dakwah takaful’

10649476_1044504148903000_4075444782113026725_n

Semoga Allah memberkati setiap dari staf, agent, pelanggan takaful dan seluruh hamba-hambaNya yang sentiasa mengharap keredhaan dan ‘sokongan’ dari Nya.

Terima Kasih juga buat semua pelanggan yang mempercayai kami 🙂

Because MAA is always wonderful,
We Do What Is Right !!

Alhamdulillah ala kulli hal

AdnienNasir,
Assalamualaikum 2016 🙂

Motivasi + Raya

Alhamdulillah. Qualified untuk attend ‘Change Seminar’ Badrul Sani. Yang lagi best, dapat beraya dengan MAA di Times Square 😉

badrulsani

Gigih datang dengan leader (kaklong) naik bas, komuter sampai ke TS 🙂

Jujur. Aku rindu program motivasi. Sebab tahu diri sentiasa perlukan motivasi. hehehe. Cuma kali ini, lebih kepada motivasi sebagai agent takaful 😉

Makanan minda, jiwa, perut semua sudah. Balik la ke Jengka dengan buku percuma Mr. Badrul Sani 🙂

AdnienNasir, 
Alhamdulillah ala kulli hal 🙂

Dapat frame lah..haha

Alhamdulillah. Tetiba dapat frame. Sebenarnya haritu Najmi dah ada whatsapp minta gambar. Haha

Walaupun 2nd Runner Up. Allah bagi juga aku rasa dapat benda ni. Maybe Allah dengar time aku cerita kat Dia bila pergi rumah leader tengok frame dia banyakkk 😀

takaful

**Buat muka tak malu upload award kecik. :-p Harapnya ada yang lebih besar haha

Pesan mentor saya,
“Nak Berjaya, Kena Belajar Jadi Juara”

 

Deep. Sentap. Hehe

Apa-pun yang kita buat, yang penting niat di awal setiap pekerjaan. Pesan sahabat, sentiasa tajdid niat dalam pekerjaan. (pesanan khas untuk diri sendiri) 

AdnienNasir,
Alhamdulillah Ala Kulli Hal 🙂