Beza MEDICAL CARD dan Pampasan PENYAKIT KRITIKAL

APA BEZA MEDICAL CARD & PAMPASAN PENYAKIT KRITIKAL?

Medical Card atau ‘Kad Perubatan’ merupakan sekeping Kad VVIP Istimewa yang boleh dimiliki oleh semua golongan bekerja/keluarga. Ianya merupakan Sekeping Kad yang mempunyai satu nilai tinggi bagi menampung kos rawatan di hospital swasta. Medical Card ini hanya menampung bil perubatan sepanjang anda dirawat di hospital sehingga limit plan yang anda ambil.

Pampasan Sakit Kritikal pula adalah pampasan tunai lump sump atau secara kesuluruhan untuk sara hidup apabila disahkan menghidap sakit kritikal. Ianya perlulah beserta pengesahan dari pihak hospital / doktor.

Bila dah sakit kritikal, keupayaan anda untuk kerja macam biasa untuk cari income normally terbatas.

Tapi segala loan dan bill tetap kena bayar macam biasa. Nak beli beras, supplement, duit minyak nak pegi hospital, belanja anak-anak sekolah dan yang sewaktu dengannya tetap perlukan bajet.

Jadi sewaktu itulah pampasan penyakit kritikal amat-amat membantu.
—————————————————————————-

Bolehkah hanya setelah disahkan sakit kritikal,

saat itu baru saya memohon pelan takaful ini?

Maaf puan. Sama seperti mana-mana pelan takaful yang lain, Medical Card / Takaful Hayat hanya menerima permohonan ketika peserta sihat sahaja dan untuk dipertimbangkan

Takaful adalah pelan perlindungan di masa akan datang sekiranya peserta ditimpa musibah atau sakit.

Pampasan Penyakit Kritikal terbaik adalah minima 3-4 tahun pendapatan tahunan anda.

Medical Card terbaik pula adalah minima annual limit 100K keatas. 200K terbaik. Jgn overspent on medical card.

 

#INCOMEREPLACEMENT
#GEMILANGEMPIRE

Adnien  Nasir
013 – 6340862
ZurichTakaful

DON’T SUFFER BECAUSE OF “FRIENDSHIP”

Kadangkala bila saya offer service Takaful pada orang, mereka MENOLAK dengan alasan “DAH AMBIL DENGAN KAWAN”. Lagipun, saya kenal kawan saya, berbanding Cik Adnin ni. Company yang kawan saya wakili pun memang top di Malaysia katanya.

“Oh ye ke? Jawab saya.
Income you lebih RM70,000 setahun. Tapi you ambil polisi RM3,000 setahun saja sebab you cakap you sekadar bajet banyak tu saja untuk insurans.

Berapa medical hospital coverage you? RM60,000 saja setahun kan?
Berapa life coverage kalau you meninggal dunia? RM50,000 saja kan?
Berapa critical illness coverage you? Apa? RM20,000 saja?”

“Tapi, plan saya ada SAVINGS + INVESTMENT + WAIVER PAYMENT kalau sakit kritikal? ” dia menjawab seolah olah ingin mempertahankan polisinya

Agak-agak you, kalau you dah tiada, pampasan RM50,000 tu dapat jana income RM70,000 tiap tiap tahun untuk family you tak?? TAK CUKUP KAN?

Agak-agak bila you sakit kritikal, dapat pampasan RM20,000 saja dan kemudian waiver tak perlu mencarum lagi, membantu tak masalah kewangan you? TERLALU SEDIKIT BUKAN?

Agak-agak kalau you sakit kronik dan perlukan rawatan hospital RM200,000, SAVINGS & INVESTMENT dalam polisi you tu boleh tampung tak shortage pada medical cardyou yang cuma cover RM70,000 setahun tu? TAK CUKUP BUKAN?

Tuan, Puan, kalau jadi apa-apa nanti pada diri you, YANG SUFFER BUKAN KAWAN YOU TADI, TAPI DIRI YOU & FAMILY YOU YANG TERPAKSA HADAPI INI SEMUA!

Sekarang, TANYA DIRI YOU BALIK, polisi yang you beli DARI KAWAN tadi tu, dapat SOLVE YOUR FINANCIAL PROBLEM KE TIDAK? Adakah kawan you yang jual polisi itu tadi, dia JUAL POLISI KERANA NAK TOLONG YOU KE, ATAU SEKADAR NAK CLOSE SALE DIA SAJA?

JANGAN MERANA KERANA PERSAHABATAN tuan, puan.
Sebab tu you KENA RUJUK DENGAN SAYA BILA BAB INSURANS & TAKAFUL ni.

HUBUNGI SAYA DI 013-6340862 untuk booking APPOINTMENT SEKARANG!

We Do What Is Right!!

#INCOMEREPLACEMENT
#POWEROFZURICHTAKAFUL
#GEMILANGEMPIRE

Adnien  Nasir
013 – 6340862
ZurichTakaful

Kenapa Perlu Mohon TAKAFUL Sekarang?

Kenapa perlu mohon Takaful sekarang dan bukannya tunggu 2 tahun lagi?

Sebab dalam masa 2 tahun macam-macam perkara boleh berlaku

  • Ada yang dah meninggal accident
  • Ada yang mati mengejut sakit jantung
  • Ada yang saluran jantung dah tersumbat
  • Ada yang dah kena kanser kritikal
  • Ada yang kena operate ketumbuhan
  • Ada yang dah ada high blood / diabetis
  • Ada yang berat badan naik mendadak

Jangan cakap begitu confident seolah olah takde apa akan berlaku.
Yang hidup meminta-minta bantuan kewangan kebanyakannya berfikir macam tu lah.

Ingat! Kita bukannya kebal.

#INCOMEREPLACEMENT
#GEMILANGEMPIRE
#ZurichTakaful

TAKAFUL ITU APA SEBENARNYA?

Ramai yang bertanya, #TAKAFUL ni macam mana sebenarnya?

Suatu perkara (sumber kewangan) yang korang tak tahu bila masa korang nak guna. Dalam erti kata lain, masa itu memang waktu gawat sangat seperti;

  1.  “Hilang Upaya Kekal” atau,
  2. “Disahkan Penyakit Kritikal hingga tak boleh teruskan kerja” atau,
  3. “Kematian”.

Korang tahu bila tarikh dan harinya?

Bayangkan kalau korang baru tahu 5 minit sebelum baca post ni, Doktor perlukan RM100,000 bagi pembedahan diri korang. Dari mana korang akan cekau duit?

  • ASB?
  •  Tabung Haji?
  •  Tabung duit syiling?
  •  Bank Gaji?
  •  Wasap Group?
  •  Pinjam Dato’?
  •  Takaful?

Tahukah anda TAKAFUL perlu dimohon ketika SIHAT sahaja.

TAKAFUL ITU APA SEBENARNYA?

Kalau anda anggap Takaful itu sebagai satu skim tabungan simpanan, maka tidak hairanlah anda terpaksa BAYAR MAHAL untuk perlindungan takaful yang rendah. Dan tidak hairanlah, apabila masuk skim takaful, anda sibuk tanya berapa simpanan yang ada, atau berapa jumlah nilai tunai selepas matang? 

Takaful sebenarnya adalah suatu JAMINAN TANGGUNGAN KERUGIAN yang berlaku dalam hidup peserta. Kita semua tahu, hidup ini tidak menentu. Bila ditimpa musibah tertentu, peserta boleh alami kerugian seperti hilang gaji berterusan atau kos sara hidup naik mendadak akibat sakit atau kemalangan. 

Kita sedar bahawa bila kita ditimpa musibah, tidak ada pihak yang akan mengganti semula kerugian kewangan yang kita alami. Takaful diwujudkan sebagai satu mekanisme memindahkan risiko kerugian kepada satu kumpulan peserta yang besar, yang sanggup beri JAMINAN BERTULIS, untuk menanggung kerugian tersebut 

Fahamkan Takaful adalah PERSEDIAAN AWAL KALAU JADI APA-APA
Bukan kalau tak jadi apa-apa
BETULKAN PEMAHAMAN anda tentang Takaful 
Dan anda akan menerima satu proposal Takaful yang bukan sahaja memenuhi keperluan kewangan anda, malahan sesuai dengan bajet pendapatan anda

 

Adnien Nasir
0136340862
ZurichTakaful

 

Cukupkah?

Semalam baru dengar ustaz sampaikan peringatan, antara tanda akhir zaman.. banyaknya kematian mengejut, ilmuwan, orang-orang baik dan alim ‘pergi’ awal.

Tapi, syarat mati itu bukan baik atau nakal, tua atau muda, ia tiada  bersyarat melainkan “Kun Fayakun” dariNYA..

=====================

Semalam juga ada bertanya kepada seorang suri rumah, jika ditakdir Allah suaminya hilang upaya apakah dia akan menjaga suaminya? Adakah seorang isteri sanggup berhenti kerja dan menumpukan 100% perhatian kepada suami?

Jawabnya Ya. Kerana simpanan di akaun cukup buat menampung setahun waktu kecemasan.

Persoalannya cukupkah ?

Jika bagi menampung kehidupan untuk SATU TAHUN mungkin selesai, namun bagaimana tahun-tahun akan datang?

=====================

Semalam juga bertanya kepada seorang isteri yang bekerja demi menyara anak² yang masih sekolah serta suami yang sudah hilang upaya untuk bekerja, adakah kerjanya bertambah kerana terpaksa menggantikan tempat utama suami ?

Akuinya YA. 😔

=====================

Semalam juga ada bertanya kepada seorang anak muda.

Berapa lamakah simpanan di akaun yang boleh dia survive sekiranya diberhentikan kerja?

Jawapannya agak lama kerana sedang mengira mungkin.
Bila di aju soalan, sekurang-kurangnya cukupkah buat Upah Haji kamu?

Sekiranya ditakdirkan Allah kematian awal menjemput kita.

Jawabnya belum cukup. 😔

=======================

SYARAT mati bukan pada usia
SYARAT ambil takaful bukan takut mati sahaja

Bersedia awal untuk sebarang kemungkinan.

#IncomeProtection
#IncomeReplacement
#MedicalCard2016

FAHAMI TUJUAN UTAMA “AMBIL TAKAFUL”

Tujuan utama ialah untuk dapatkan JAMINAN BERTULIS dari pihak yang sanggup TANGGUNG KERUGIAN KEWANGAN yang berlaku dalam hidup kita

Dalam erti kata lain, ia adalah PERSEDIAAN AWAL yang kita buat KALAU JADI APA APA pada kita. Terutama sekali kalau kita adalah PENCARI NAFKAH BUAT KELUARGA .

 

Kalau jadi apa-apa yang bagaimana kena cover dulu?

  1. Kalau meninggal awal sebelum bersara
  2. Kalau hilang upaya kekal dan keseluruhan
  3. Kalau sakit kritikal berpanjangan 3-4 tahun
  4. Kalau masuk hospital untuk tempoh lama
  5. Kalau hilang anggota badan akibat kemalangan

Kelima lima risiko ini, kalau tak ditangani dengan betul, BOLEH SEBABKAN KELUARGA HILANG INCOME BERTERUSAN

Jangan mudah terpedaya dengan ejen-ejen yang promosikan pelan bayar tempoh pendek, tapi cuma cover kematian dan hilang upaya saja. Itu ibarat pelan nasi kosong sekawah. Takde lauk. Keluarga anda yang jadi lauk karang sebab terpedaya dengan gimik pelan “kalau tak jadi apa-apa” (bertentangan dengan tujuan asal ambil takaful).

#INCOMEREPLACEMENT
#GEMILANGEMPIRE

Hashtag Hibah Takaful

Hibah Takaful

Apa itu Hibah?

Hibah merupakan “Pemberian Kasih Sayang” berbentuk wang tunai / barang / aset kepada sesiapa sahaja yang terlintas di fikiran, seperti suami, isteri, ibubapa, adik beradik, pusat tahfiz dsb.

Apa itu Hibah Takaful?

Hibah Takaful merupakan “Hibah Bersyarat” dimana Hibah tersebut akan terlaksana sekiranya berlaku kematian kepada pemohon.

Pampasan Hibah berbentuk wang tunai RM200,000 yang telah dihibahkan tidak perlu melalui pengurusan harta pusaka yang rumit dan ia milik mutlak penerima dan patuh syariah.

Apakah dimaksudkan Hibah Bersyarat?

“Hibah Bersyarat” merupakan Hibah yang terlaksana SELEPAS berlaku kematian kepada pemohon.

Bermakna, pemohon berhak membuat penukaran penerima hibah selagi masih hidup. Seperti contoh, seorang Ayah yang bertanggungjawab merancang pemberian hibah 50% kepada isteri, 50% kepada anak sulung berusia 7 tahun.

Selepas 3 tahun, si ayah membuat penukaran kepada 50% untuk isteri, 20% anak sulung, 20% anak kedua dan 10% buat tahfiz (bagi jariah berterusan diri sendiri)

CONTOH LAIN,
ANDA boleh UGUT pasangan untuk membatalkan penerima hibah sekiranya berani macam² 😝😝😜😜

Adakah semua polisi takaful menggunakan Hibah?

Tidak. Terdapat polisi takaful yang memberikan pampasan berbentuk “Wasi” atau dikenali sebagai “Penama” iaitu jumlah pampasan yang diterima keluarga si mati WAJIB melalui FARAID bagi proses pembahagian harta pusaka.

Namun, kebanyakan polisi takaful pada hari ini berbentuk HIBAH. Dan syarikat takaful pertama yang menggunakan konsep HIBAH ialah MAA TAKAFUL Berhad.

Apa saya perlu lakukan?

Semak buku polisi anda, dan hubungi agent terdekat dari mana² syarikat takaful bagi membantu anda mendapatkan penjelasan berkaitan status HARTA peninggalan bakal arwah.

Siti Nor Adnien
013-634 0862
Consultant
‪#‎ZurichTakaful‬

Kemana pergi duit Takaful yang dibayar tiap-tiap tahun?

Kemana pergi duit Takaful yang dibayar tiap-tiap tahun?

Aku sihat jeee. Tak sakit pun. Mana pergi duit aku? Aku haramkan sapa guna. Tak guna punya takaful!

“Sabar bang, abang ambik takaful sebab apa? Abang mungkin dah salah faham konsep takaful. Abang mungkin lupa kenapa abang ambil takaful..atau mungkin abang ambik dulu ketika waras. Ehh”

Takaful ni konsepnya ibarat menyimpan ramai² dalam satu tabung.

Ditakdirkan Allah ada salah seorang penyimpan ditimpa musibah kematian. Bahagian pengurusan dana simpanan tadi menjalankan tugas dengan membayar wang pampasan kematian kepada ahli waris si mati.

Bahagian Pengurusan Dana ialah syarikat takaful yang menguruskan tabung peserta seperti contoh Syarikat MAA Takaful, Syarikat Zurich Takaful Malaysia Berhad.

Ahli-ahli penyumbang lain lah yang turut menyumbang. Secara tidak langsung, ahli penyimpan lain telah membuat jariah, sumbangan berupa wang tunai kepada keluarga mangsa.

Kalau abang tak nak terlibat, baiklah abang undur diri. Berlaku apa-apa musibah akan datang pun biarlah anak bini abang tanggung sendiri. 🙂

We do what is right!

‪#‎zurichtakaful‬
‪#‎gemilangempire‬

..oh macam tu ya? Okay² abang halalkan…

Orang Muda Tak Perlu Takaful?

“Saya masih muda dan sihat, tak perlu rushing untuk ambil takaful=)

Alhamdulillah. Inilah PUNCA UTAMA awak perlukan perlindungan takaful hari ini.

Kemalangan atau penyakit kecil boleh mengubah kehidupan kita dalam sekelip mata, dan 2 perkara ini awak tak boleh jamin 100% bilakah akan berlaku atau langsung tidak akan berlaku.

Dan sekiranya berlaku 2 perkara ini, ataupun ketika awak sudah berusia baru nak ambil takaful, mungkin awak:

1. Perlu bayar takaful dengan jumlah yang TINGGI
2. TERPAKSA potong bil astro, wifi, insurans kereta dll.

disebabkan keadaan buruk yang menimpa..

(Dalam perlindungan takaful, terdapat 2 perkara yang akan melindungi “Bayaran Takaful” dan “Pilihan Perlindungan Risiko” awak) =)

#GemilangEmpire
#Zurich #MAA

Siti Nor Adnien
013-634 0862
Consultant

Mesin Pencetak Wang

Kalau anda mempunyai satu mesin cetak wang yang boleh mencetak RM5,000 sebulan, berapakah perlindungan insuran yang anda akan ambil untuk cover mesin itu kalau-kalau ia rosak nanti? Tentu berjuta kan? Sebab anda takut mesin itu rosak dan tak mampu mencetak wang untuk anda lagi, BETUL??

Mesin Pencetak itu adalah ANDA. Si Suami yang mencetak wang setiap bulan untuk dibawa pulang kepada keluarga anda.

Sekarang berapakah yang anda telah dilindungi?

Mesin Pencetak Wang