Hikmah Saling Berkenalan & Membantu

Salam Jumaat.

Hikmah yang besar Islam menggalakkan kita untuk saling bantu membantu, ziarah menziarahi sanak saudara dan mengalihkan sedikit bahagian ‘rezeki pendapatan’ kita untuk orang lain.

Ketika masih hidup, kita boleh melakukan semua perkara bersendirian.

Tetapi, saat bertukarnya jasad kita dari seorang manusia kepada jenazah, semua perkara diambil alih oleh orang sekeliling. Dari pakaian, mandi, kewangan dan sebagainya. Terutamanya dari segi pengurusan hutang si mati.

Membayar balik hutang adalah sesuatu yang wajib dilakukan sehingga harta orang yang sudah meninggal dunia pun perlu ditolakkan hutang-piutang mereka terlebih dulu, sebelum diagihkan kepada waris. Hal ini disebut dalam ayat 11, Surah an-Nisa’.

Allah perintahkan kamu mengenai (pembahagian harta pusaka untuk) anak-anak kamu, iaitu bahagian seorang anak lelaki menyamai bahagian dua orang anak perempuan.

Tetapi jika anak-anak perempuan itu lebih dari dua, maka bahagian mereka ialah dua pertiga dari harta yang ditinggalkan oleh si mati. Dan jika anak perempuan itu seorang sahaja, maka bahagiannya ialah satu perdua (separuh) harta itu.

Dan bagi ibu bapa (si mati), tiap-tiap seorang dari keduanya: satu perenam dari harta yang ditinggalkan oleh si mati, jika si mati itu mempunyai anak.

Tetapi jika si mati tidak mempunyai anak, sedang yang mewarisinya hanyalah kedua ibu bapanya, maka bahagian ibunya ialah satu pertiga.

Kalau pula si mati itu mempunyai beberapa orang saudara (adik-beradik), maka bahagian ibunya ialah satu perenam. (Pembahagian itu) ialah sesudah diselesaikan wasiat yang telah diwasiatkan oleh si mati, dan sesudah dibayarkan hutangnya.

lbu-bapa kamu dan anak-anak kamu, kamu tidak mengetahui siapa di antaranya yang lebih dekat serta banyak manfaatnya kepada kamu (Pembahagian harta pusaka dan penentuan bahagian masing-masing seperti yang diterangkan itu ialah) ketetapan dari Allah; sesungguhnya Allah adalah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.

 

Hari ini mungkin terdetik sedikit kira² untuk meninggalkan Pampasan #HibahTakaful buat waris, atas alasan mengajar waris untuk berdikari. Sedangkan segala urusan dunia akan diambil alih dan diselesaikan oleh ahli waris, bagi kelancaran ‘urusan arwah disana’ pula.

Hari ini mungkin terdetik sedikit kira² untuk mengumpul harta hanya untuk anak dan isteri atas alasan senang urusan mereka nanti. Sedangkan didalam bahagian faraid itu ada 25 ahli yg layak menerima bahagiannya!

Percayalah, ISLAM itu INDAH dan Memudahkan.

Ketepikan adat budaya yang bertentangan syariat, pandanglah dari sisi pengurusan dunia dan akhirat, permudah dan jangan susah-susahkan.

Adnien  Nasir
013 – 6340862
ZurichTakaful

Advertisements