Malam Anugerah Kecemerlangan KEB 2016

السلام عليكم ورحمة الله وباركاته

Syukur Alhamdulillah selesai hari bersejarah Malam Anugerah Kecemerlangan Kumpulan Era Bumi (KEB) bagi performance tahun 2016.

Kali ini dapat berdiri bersama barisan penerima-penerima KEB Diamond Club awards. Pencapaian ini dikira melalui 2 cara. Pertama melalui bilangan kes 80 dan keatas. Kedua, jumlah FYP RM60,000 dan keatas.

Bagi kategori agensi pula, syukur alhamdulillah group kami Champion bagi kategori Direct Group 2016. Tempat kedua Whole Group 2016. Segala penat lelah bersama tahun lepas telah ‘terbayar’ pada malam anugerah ini.

Penghargaan dari Ketua Agensi di bawah Kumpulan Era Bumi ini sentiasa diadakan bagi setiap tahun. Pembahagian awards terbuka kepada seramai mungkin yang layak. Salah satu batu lonjatan dalam menambah nilai positif dalam bekerja ialah apabila diberi penghargaan seperti ini.

Misi bagi tahun 2017 tetap perlu diteruskan. Kami sentiasa membuka ruang dan peluang kepada anda yang ingin mencuba dan turut serta dalam karier ini. Bersama group champion yang sentiasa positive, encourage each other to achieve more dan sama-sama menaikkan jika jatuh.

“Keep Focus, Consistent and Believe”

Malam Anugerah KEB

Siti Nor Adnien
Executive Consultant
Zurich Takaful (M) BHD
adnien.ztmb@gmail.com
013-634 0862

Pembongkaran “TAKTIK EJEN TAKAFUL”. Jom Baca!

Bila cakap soal insurans atau Takaful, masih ada masyarakat Melayu yang fobia dan alergik dengan istilah ini.
Sepanjang hidup anda, bagaimana pendekatan yang dibawa oleh Ejen Takaful terhadap anda? Adakah dengan menerjah kediaman anda? Bagaimanakah cara yang anda lebih senang dan selesa? Memaksa atau berbincang dengan tenang? Dan bagaimana pula cara anda melayan atau menerima kedatangan Ejen Takaful?

Hari ini saya akan kongsikan

Pembongkaran “TAKTIK EJEN TAKAFUL”

dalam menawarkan Pelan Perlindungan Takaful kepada anda dan keluarga.

Jom Baca!

.
.
.
.
.
——————————————————
BASIC kepada pampasan #TAKAFUL ialah :
——————————————————
1. Kematian
2. Hilang Upaya Kekal

—————————————————————
“LAUK TAMBAHAN” bagi #PerlindunganTAKAFUL;
————————————————————–
1. Elaun Wad
2. Kemalangan
3. MC cuti akibat kemalangan
4. Diserang Penyakit Kritikal
5. Upah Haji.
6. Khairat Kematian
7. Manfaat Pembayar
8. Pembayaran PERCUMA
9. Penyakit Kanak-kanak / Juvenile 
10. Elaun Kelahiran
11. Penyakit Wanita
12. dan lain-lain.

*Semak polisi anda, apakah yang belum ada?
*Ejen Takaful tidak pernah menyatakan perkara ini?

————————————————————
Kira2 Mudah #KEPENTINGAN “Lauk Tambahan”;
———————————————————–

Jom tengok! Contoh mudah kira-kira bagaimana Ejen Takaful perlu memberi Perlindungan berdasarkan Keperluan prospek. Ejen Takaful yang berpengetahuan akan menggunakan Taktik berikut.

————
Contoh 1
————
Pampasan “Elaun Wad” sebagai ganti pendapatan bulanan.
Jika pendapatan bulanan ialah RM 6,000. Jika terpaksa masuk wad selama sebulan, ada claim Elaun Wad RM200/hari.

RM 200 x 30 hari = RM 6,000

 

*Kalau ada yang datang menziarah anda, berapa ramai yang akan sedekah RM200?

*Ada sebab jumlah Elaun anda berbeza dengan orang lain 😉

————
Contoh 2
————

Pampasan “Hilang Upaya Kekal” sebagai ganti pendapatan yang berterusan.

Jika pendapatan bulanan ialah RM 6,000. Sekiranya semalam majikan meminta anda membuat keputusan “Letak Jawatan” atau “Diberhentikan” akibat Hilang Upaya Kekal, anda sudah miliki Pampasan HUK sebanyak RM 900,000

Apa nak dibuat dgn RM900,000?

RM 900,000 tunai yang anda terima boleh di invest dimana2 instrumen pelaburan atau bank yang memberi pulangan/dividen 8-10% setahun.

Roughly pulangan tahunan ialah 8%.
‘Modal’ anda (pampasan) ialah RM 900,000

RM 900,000 x 8% = RM 72,000/tahun
RM 72,000 / 12 bulan = RM 6,000/bulan

Bayangkan jika anda tiada #PenggantianPendapatan seperti kira-kira di atas, ADAKAH anda akan menjual semua aset yang ada untuk mendapat 1 jumlah bagi membolehkan anda membuat simpanan KECEMASAN? atau anda akan gunakan simpanan sedia ada hari ini.

Berapa lamakah SIMPANAN anda boleh bertahan?

Renung-renungkan dan hubungi saya =)

——————————————————
*BAGAIMANA
nak settlekan hutang dan komitmen anda?
*BERAPAkah
pampasan HUK tawaran majikan anda?
*SIAPAkah
akan mengganti tugas “Pencari Nafkah” anda?
*DIMANAkah
waris terdekat anda yang dapat membantu 100%?
*MENGAPA
anda perlukan #IncomeReplacement ketika ekonomi gawat?
*APAKAH
anda risau jika tidak bekerja, pendapatan bulanan akan terhenti atau tetap ada seperti biasa? =)
——————————————————

*PM / WA saya laju-laju untuk #TawaranHebat RAHSIA Perlindungan Takaful No 1 dengan tidak sampai 10% dari pendapatan anda! 😉

Siti Nor Adnien
013 – 634 0862
Zurich Takaful

#IncomeReplacementt
#GemilangEmpire

Perlindungan Kemalangan

Apakah itu Takaful sebagai Perlindungan Kemalangan?

Majoriti kesemua pemilik kenderaan di Malaysia hari ini membayar insurans kenderaan setiap tahun bagi melindungi kenderaan mereka dari segi kos pembaikian kenderaan akibat kemalangan, hilang dan lain-lain.

Kenderaan itu tinggi nilainya, ada yang mencecah ratusan ribu ringgit, puluhan ribu ringgit.. Kerana nilainya yang tinggi, pemilik kenderaan telah membuat satu perlindungan yang dipanggil insurans kereta.

Seperti contoh, sebuah kereta Honda yang nilainya RM 60,000. Diambil insurans yang melindungi sehingga RM 55,000. Sekiranya, berlaku kemalangan yang memerlukan kos pembaikiannya sehingga RM 25,000. Kereta Honda tersebut boleh mendapat pampasan insurans sebanyak RM 25,000. Dengan ini, ianya membantu pemilik dari segi tidak mengeluarkan belanja sendiri bagi membayar kos pembaikian kereta tersebut.

Begitu juga dengan Perlindungan Kemalangan terhadap pemilik kenderaan. Jika tadi, pemilik hanya men’insurans’kan badan kereta. Namun, badan fizikal pemilik juga perlu di’insurans’kan dengan Perlindungan Kemalangan Takaful.

PERLINDUNGAN KEMALANGAN

Jika berlaku kemalangan, dan si mangsa juga mengalami kecederaan. Mereka layak menerima pampasan akibat kemalangan seperti; elaun hospital, MC, patah tulang, kelecuran, lumpuh kekal, bayaran balik ambulans, pampasan rawatan luar, kematian dan lain-lain.

Bayangkan, sekiranya si mangsa yang merupakan ketua keluarga terpaksa bercuti sehingga 6 bulan akibat patah tulang. Bagaimana dengan pekerjaan/perniagaan nya? Apakah gaji penuh yang akan dimiliki? Bagaimana dengan isteri yang tidak bekerja? Bagaimana anak-anak yang masih kecil dan bersekolah?

Seperti contoh, pampasan yang layak diterima mangsa ialah:

  • RM 4,500 (elaun hospital = RM 300 x 15 hari)
  • RM 10,000 (bayaran balik perubatan)
  • RM 30,000 (pampasan akibat patah tulang)
  • RM  7,200 (MC – 6 bulan = 24 minggu x RM 300)
  • RM 300 (Rawatan Perubatan Alternatif seperti urutan luar)
  • RM 52,000 – PAMPASAN YANG LAYAK DITERIMA

Selagi masih hidup dan sihat, kita diberi pilihan. Pilihan untuk bersedia awal dan menerima bila memerlukan.. atau meminta-minta disaat amat memerlukan.

Nilai 1 nyawa manusia dan sebuah kereta memang jauh berbeza. Namun, kerana sayangkan diri dan ahli keluarga, Perlindungan Kemalangan takaful ini harus menjadi kewajipan bagi setiap ahli keluarga, kerana musibah kemalangan boleh menimpa sesiapa sahaja tanpa diduga dan ia datang tanpa diundang.

Jika berlaku kematian akibat kemalangan, waris juga layak menerima pampasan Perlindungan Kemalangan sehingga RM1,000,000 dari MAA TAKAFUL BERHAD dengan caruman serendah RM 2,164.00 setahun. (PATINA2016)

Mengapa perlu insuranskan kereta sahaja? Jika diri juga amat memerlukan dan nilainya jauh lebih berharga.. Renungkan-renungkan, dan dapatkan Perlindungan Kemalangan anda dengan segera 🙂

Nota:
Takaful – Perlindungan Kemalangan ini bukan hanya melindungi kemalangan di jalan raya, juga kemalangan di dalam rumah seperti kecederaan pisau, jatuh tangga, jatuh pokok dan lain-lain.

Hubungi:
0136340862 / 01117979324
0136340862 / 01117979324
0136340862 / 01117979324

Adnien.maa@gmail.com

We Do What Is Right!

Tujuan mendapatkan Takaful

Tujuan Ambil Takaful

Apabila anda membuat apa-apa komitmen kewangan, seperti membeli rumah melalui pinjaman bank, anda telah mengunci sebahagian daripada pendapatan masa depan anda bagi pembayaran balik pinjaman tersebut.

Sekiranya berlaku perkara yang tidak diingini seperti kematian atau kehilangan upaya, atau bencana ekonomi (pemberhentian kerja), keupayaan anda untuk memenuhi komitmen kewangan sedia ada akan terganggu dan berkemungkinan besar juga anda akan kehilangan aset yang sedia ada!

Terdapat satu instrumen kewangan yang boleh diperoleh untuk melindungi anda daripada apa-apa kemungkinan seperti kematian, lumpuh kekal, hilang upaya bekerja – ia adalah TAKAFUL.

Takaful merupakan satu cara melindungi diri anda, keluarga dan harta benda anda sekiranya berlaku sebarang perkara yang tidak diingini.

Di samping menawarkan perlindungan, takaful juga memberikan anda ketenangan fikiran. Bayaran yang dibuat bagi takaful membolehkan anda:

  • Membayar ganti rugi bagi barangan peribadi atau mendapat gantian barangan yang telah dicuri (sekiranya barangan tersebut telah ditakafulkan)
  • Membayar bil perubatan apabila anda atau keluarga menerima rawatan di hospital
  • Menyelenggara perbelanjaan bulanan, hutang dan komitmen kewangan apabila anda tidak lagi berupaya bekerja disebabkan oleh menghidapi penyakit kritikal atau kemalangan
  • Menyediakan bantuan kewangan bagi keluarga anda sekiranya ditakdirkan anda kehilangan upaya, mengalami penyakit kritikal atau meninggal dunia, terutamanya jika anda pencari nafkah utama dalam keluarga

Sumber : Celik Wang

 

Sediakan satu tabung perlindungan buat keluarga tersayang anda hari ini untuk masa hadapan
Siti Nor Adnien
MAA Consultant
0111.7979.324
“We Do What Is Right”

#BuangWangUntukSenang #GemilangEmpire

Perancangan Kewangan

Perancangan Kewangan

 

Apakah yang dimaksudkan dengan Perancangan Kewangan?

Sekiranya anda merancang untuk pergi ke satu destinasi – apa yang perlu anda lakukan?

Berbagai persoalan yang akan timbul pada diri anda:-

  • Apakah cara terbaik untuk ke sana?
  • Wujudkah kesesakan lalu lintas?
  • Adakah lebih baik menaiki LRT atau bas, atau perlukan seseorang membawa anda ke sana?

Ternyata terdapat banyak pilihan yang anda boleh pilih dan buat!

Maka, untuk mendapatkan pilihan terbaik, nilailah pilihan-pilihan yang sedia ada. Fikirkan apa yang perlu dan wajar untuk anda lakukan, kemudian buatlah keputusan. Langkah-langkah sedemikian merupakan proses yang dikenali sebagai perancangan. Perancangan boleh dibuat bagi jangka masa pendek, sederhana mahupun panjang.

Begitu juga dengan Perancangan Kewangan, cuma bezanya adalah pada tempoh perancangan anda perlu menjangkau sehingga usia persaraan.

Perancangan kewangan ini melibatkan persoalan-persoalan mengenai masa depan, impian dan matlamat anda. Ini merangkumi apa yang anda mahukan dalam kehidupan, contohnya mendirikan rumah tangga, membeli kereta atau rumah, mendapat cahaya mata dan membiayai pelajaran mereka.

Bagi memenuhi impian anda di atas, anda perlu merancang dari segi kewangan. Dalam perancangan kewangan, anda akan melihat bagaimana perlunya menyediakan bajet atau belanjawan, menabung dan membelanjakan wang anda sepanjang masa.

Rangka perancangan kewangan anda dari sekarang! =)

Credit : Money Sense / Celik Wang

—————
Sediakan satu tabung perlindungan buat keluarga tersayang anda hari ini untuk masa hadapan
Siti Nor Adnien
MAA Consultant
0111.7979.324
“We Do What Is Right”

#BuangWangUntukSenang

Falsafah Takaful

Falsafah Takaful

Falsafah TAKAFUL

Falsafah takaful menekankan kepada sifat keikhlasan dan di bawah konsep ini para peserta memberi sumbangan kewangan berdasarkan kepada kontrak tabarru’ yang mana para peserta bersetuju agar sumbangan yang diberikan digunakan untuk membantu para peserta di dalam pelan/skim takaful yang berkenaan.

Sumbangan atau caruman takaful yang dibuat adalah dengan niat yang ikhlas dan hati yang redha untuk tujuan berbakti atau membantu insan lain yang lebih memerlukan.

Dalam erti kata lain, takaful bertujuan untuk mewujudkan perhubungan yang erat di antara peserta-peserta yang bersetuju menanggung bersama mereka kerugian yang disebabkan oleh risiko bersama seperti kematian, kemalangan dan sebagainya yang menimpa di kalangan mereka. Dengan ini semangat takaful menekankan kepada kepentingan persaudaraan antara peserta.

Sifat mengutamakan diri sendiri tidak sepatutnya wujud di kalangan peserta takaful.

—————
Sediakan satu tabung perlindungan buat keluarga tersayang anda hari ini untuk masa hadapan.
Siti Nor Adnien
MAA Consultant
0111.7979.324
“We Do What Is Right”

#BuangWangUntukSenang

Penubuhan Industri Takaful di Malaysia

Penubuhan Takaful di Malaysia

Perkembangan industri Takaful di Malaysia pada awal tahun 1980-an ialah hasil daripada keperluan umat Islam pada ketika itu untuk mempunyai alternatif kepada insurans konvensional yang memenuhi kehendak Syariah serta bagi melengkapkan operasi Bank Islam Malaysia Berhad yang ditubuhkan pada tahun 1983.

Kewujudan industri takaful dipengaruhi sebahagian besarnya oleh keputusan Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan Malaysia yang memutuskan bahawa insurans hayat dalam bentuk yang ada ialah suatu kontrak yang tidak sah kerana mempunyai unsur-unsur gharar (ketidakpastian), maisir (perjudian) dan riba’.

Pasukan Petugas Khas telah ditubuhkan oleh Kerajaan pada tahun 1982 untuk mengkaji daya maju penubuhan syarikat insurans secara Islam.

Berikutan syor Petugas ini, Akta Takaful telah dikuatkuasakan pada tahun 1984 dan pengendali takaful yang pertama telah diperbadankan di Malaysia pada bulan November 1984.

Sehingga Disember 2005, ada lima pengendali takaful yang berdaftar dengan Persatuan Takaful Malaysia.

Bank Negara Malaysia mengumumkan pada bulan Januari 2006 bahawa ia telah meluluskan pengeluaran empat lesen takaful baru kepada konsortium dan usaha sama takaful termasuklah MAA Holdings Berhad dan Solidarity Co., Bahrain. 

 

Sumber: Terbitan Islamic Banking and Finance Institute Malaysia Sdn. Bhd (2009)

 

—————
Sediakan satu tabung perlindungan buat keluarga tersayang anda hari ini untuk masa hadapan.
Siti Nor Adnien
MAA Consultant
0111.7979.324
“We Do What Is Right”

#BuangWangUntukSenan

Takaful ?

Apakah itu TAKAFUL?

Apa itu takaful

Perkataan Takaful berasal dari perkataan bahasa Arab. Kata dasarnya adalah Kafala yang membawa maksud MENJAMIN, MENJAGA atau MEMELIHARA. 

Manakala perkataan Takaful membawa maksud Saling Menjamin. Jaminan yang dipersetujui oleh semua pihak yang mencarum di sebuah syarikat yang mengendalikan Takaful untuk saling menjamin antara satu sama lain apabila berlakunya musibah atau kerugian tertentu pada peserta.

Konsep saling menjamin atau insurans ini telah wujud sekian lama. Salah satu daripadanya ialah penggunaan konsep “Aqilah” yang digunapakai oleh masyarakat Arab jahiliyah. Keadaan bangsa Arab yang tinggal dalam bentuk kesukuan atau kabilah membolehkan amalan ini dilakukan. Sekiranya berlaku pergaduhan dan menyebabkan kematian satu pihak maka pihak yang membunuh akan dikehendaki membayar ganti rugi kepada keluarga orang yang terbunuh. Bayaran ganti rugi itu akan dikutip di kalangan ahli suku atau Kabilah si pembunuh. Ia merupakan satu bentuk jaminan yang wujud pada ketika itu.

Takaful yang wujud pada hari ini pula adalah Takaful berbentuk perniagaan (Tijari) di mana sebuah syarikat menjalankan satu bentuk perniagaan yang bertujuan untuk memberikan jaminan yang berlandaskan Syara’ iaitu terhindar daripada unsur Riba (bunga), Maisir (perjudian) dan Gharar (ketidakpastian). Untuk tidak terlibat dengan unsur-unsur tersebut, perniagaan Takaful menggantikannya dengan konsep Tabarru’ (derma) dan perjalanan operasinya menggunakan dua konsep muamalah Islam iaitu konsep “Mudharabah” dan “Wakalah”.

Dalam kontrak Takaful ini, peserta bersetuju untuk saling menjamin antara mereka. Ia berasaskan kepada sifat persaudaraan, kasih sayang dan saling bantu membantu. Dikatakan demikian kerana sumbangan wang yang diberikan oleh peserta akan dikumpulkan dan wang tersebut digunakan untuk membayar pampasan kepada peserta yang mengalami musibah atau kerugian.

Sumber : https://ustazsaifudin.wordpress.com

—————

Sediakan satu tabung perlindungan buat keluarga tersayang anda hari ini untuk masa hadapan.

Siti Nor Adnien
MAA Consultant
013.634.0862

“We Do What Is Right”

#BuangWangUntukSenang

Tabung ‘buang wang’ untuk Keluarga

Family Takaful

بسم الله الرّحمَنِ الرَّحِيم

 

Mulakan hari dengan ceria dan bertenaga 🙂 Pagi yg indah di fasa terakhir Ramadhan

Niat keluar bekerja untuk membantu keluarga, memberi kehidupan yang lebih baik. Memberi perkhidmatan yang terbaik buat ummah 🙂

Namun, pernahkah anda terfikir jika sesuatu musibah datang tanpa diundang. Sudahkah anda tinggalkan 1 Tabung Perlindungan buat keluarga mahupun diri sendiri ?

FIKIRKAN. Jika anda tidak lagi mampu keluar bekerja untuk menyara keluarga:

  • Siapa akan membayar rumah yang baru dibeli buat keluarga?
  • Siapa akan melangsaikan hutang PTPTN / pembelajaran anda?
  • Siapa akan menguruskan urusan upah haji / haji anda?
  • Siapa akan memberi perbelanjaan buat anak-anak dan isteri? ibu bapa di kampung?
  • Sehingga bila mereka terpaksa melangsaikan hutang peninggalan anda?
  • Siapa akan membayar kos rawatan anda jika mencecah puluhan ribu ringgit?
  • Siapa akan menjaga dan sediakan perbelanjaan jika lumpuh kekal?
  • Siapa akan memberi belanja makan buat keluarga jika masuk wad berhari2?
  • Berapa banyak syarikat membayar gaji anda jika cuti sakit berbulan-bulan?

 

**MAA TAKAFUL – Fikirkan perlindungan terbaik buat ahli keluarga. Tajdid Niat. Takaful bukan satu bebanan kewangan, sebaliknya mengurangkan beban keluarga bilamana kita ditimpa musibah.

 

“Wang kecil membeli wang besar. Itulah polisi takaful hayat dan perubatan. Jika anda tidak paksa diri mengeluarkan wang kecil sekarang anda mungkin terpaksa mengeluarkan wang besar kemudian hari! Fikir2kan” – En Azzam Fadhli Roslan.

—————

Sediakan satu tabung perlindungan buat keluarga tersayang anda hari ini untuk masa hadapan.

Siti Nor Adnien
MAA Consultant
013.634.0862

“We Do What Is Right”

#BuangWangUntukSenang